Wednesday, 15 October 2014

Dikemaskini: Oktober 16, 2014 03:23 (MYT) Laman Utama Live TVVideoNasionalDuniaBisnesSukanHiburanFotoPerspektifInfografikAppsBajet 2015 Anda di sini: Laman Utama | Dunia » Jauhi Facebook, Dropbox dan Google - Edward Snowden Agensi | Kemas kini: Oktober 14, 2014 (Diterbitkan pada: Oktober 14, 2014 18:04 MYT) Snowden tidak yakin dengan ciri keselamatan perkhidmatan Internet popular. Berhati-hati dengan saluran yang disangkakan bersifat peribadi. Mungkin itu ringkasan mesej yang cuba disampaikan bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden dalam pendedahan terbarunya seperti yang dilaporkan TechCrunch.com. Snowden yang kerap menggemparkan dunia dengan isu kerahsiaan maklumat dan kini dalam persembunyian di Rusia, menasihatkan pengguna supaya menjauhi perkhidmatan internet popular seperti Dropbox, Facebook dan Google. Snowden yang dihubungi melalui sesi temu ramah video jarak jauh sempena Festival New York, berkata demikian ketika ditanyakan soalan mengenai cara melindungi privasi. “Bila anda mengatakan ‘Saya tiada apa untuk disembunyikan’, anda sebenarnya berkata ‘Saya tidak peduli tentang hak ini’. “Anda juga berkata ‘Saya tidak memiliki hak ini kerana saya perlu justifikasi mengenainya’. Satu-satunya cara sesebuah hak itu berfungsi adalah pihak kerajaan perlu menjustifikasi pencerobohan dalam hak anda,” kata Snowden yang mencetus ironi kerana temu ramah itu sendiri dibuat menggunakan platform khidmat layanan Google. Snowden menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan yang menjejas erti privasi. Dropbox menurut Snowden, tidak disokong enkripsi sementara alternatif seperti SpiderOak perlu diberi perhatian. "Perbezaan antara Dropbox dan SpiderOak, adalah SpiderOak mengengkripsi data ketika ia berada dalam komputer pengguna, manakala Dropbox hanya mengenkripsi data ketika ia dalam transit (penghantaran) dan di dalam sistem pelayan,” ujar Snowden. Dia juga menyarankan agar pengguna menjauhi Facebook dan Google walaupun kedua-duanya sudah meningkatkan ciri keselamatan. Pesannya lagi: “Jangan hantar pesanan teks tanpa enkripsi, dan cubalah perkhidmatan lain seperti RedPhone dan Silent Circle”. Apabila ditanya mengapa dia tidak kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk perbicaraan, Snowden memberitahu, dia tidak yakin kesnya akan dibicarakan dengan adil berikutan layanan yang diterima pendedah maklumat lain seperti Thomas Drake dan Chelsea Manning oleh pihak berkuasa AS. Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my Tag: snowden, privasi, facebook, dropbox BERITA BERKAITAN Malaysia tidak ada kuasa sekat FB - Ahmad Shabery Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg lawat Pasar Tanah Abang Mark Zuckerberg jumpa Jokowi di Jakarta hari ini Kerajaan pastikan kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat seiring - Najib Facebook meterai perjanjian pembelian WhatsApp pada nilai AS$19 bilion JUGA MENARIK #wajibMUET: Peguam tawar khidmat untuk mahasiswa saman kerajaan Astro Awani Bandar Ipoh dikejutkan dengan aksi pengantin separuh bogel Nasional Kapal angkasa India rakam gambar dari Planet Marikh Dunia Rampas tudung tiruan, Fizo Omar kecewa isteri ditohmah Hiburan Dibunuh, dikerat dan direbus kekasih Dunia DARI LAMAN WEB Cycling: UCI investigating "flesh suits" Fox Sports Asia 4 Best Supper Places In Penang HungryGoWhere Malaysia Oktoberfest Madness In Malaysia Features Khan 'No 1' on Mayweather list Fox Sports Asia Forget About Piranhas, This Is the Most Dangerous Creature in the Amazon OZY Recommended by Ikuti perbincangan Komen Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen! Kemukakan komen baru Berkomen sebagai Tetamu, atau log masuk Log masuk ke IntenseDebate Login to WordPress.com Log masuk ke Twitter NamaEmelLaman web (tidak wajib) Dipamerkan sebelah komen anda Tidak dipamerkan secara terbuka Jika anda mempunyai laman web, pamerkan link di sini Kemukakan komen Melanggan kepada Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/jauhi-facebook-dropbox-dan-google-edward-snowden-46077?cp

No comments:

Post a Comment