Menggigil rumah diserbu polis
May 23, 2014
BESUT - Seorang lelaki disyaki pengedar dadah menggigil ketakutan selepas rumahnya diserbu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di Kampung Nyior Tujuh, Jertih, pagi Selasa lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 7 pagi itu, suspek berusia 34 tahun diberkas ketika sedang tidur di bahagian dapur rumahnya oleh enam anggota polis yang menyerbu rumah berkenaan selepas mendapat maklumat.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika ditahan, suspek yang mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah termasuk pernah dua kali dikenakan buangan daerah (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) ketakutan dan menggigil ketika pemeriksaan dilakukan terhadapnya.
“Hasil pemeriksaan polis menemui tujuh botol plastik cerah berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin seberat 20 gram di dalam beg pinggang yang dipakainya.
“Dalam beg sama juga terdapat 120 biji dipercayai dadah jenis methamphetamine (pil kuda) manakala di dalam poket seluarnya, dijumpai satu bungkusan kertas putih berisi satu ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja yang disyaki untuk dijual kepada penagih di sekitar kampung tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Noorzainy berkata, suspek yang pernah ditahan pada April lalu juga didapati positif heroin.
Bagi kesalahan memiliki dadah, dia akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.
Kes turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1) akta yang sama, sementara polis turut menyita sebuah motosikal Yamaha RXZ dan wang tunai milik suspek berjumlah RM317.
Dalam kes berasingan, polis turut menahan dua suspek dan menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Kampung Durian Telur, Hulu Besut pada hari yang sama.
Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dibantu Unit Ronda Bermotosikal (URB) menahan kenderaan terbabit kira-kira jam 6.30 petang selepas didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, pemeriksaan polis menemui 95 biji pil dipercayai pil kuda berada di dalam laci papan pemuka kenderaan tersebut.
“Dua suspek masing-masing berusia 26 dan 22 tahun beralamat di Kampung Lubuk Kawah ditahan dan saringan air kencing mendapati mereka juga positif dadah jenis pil kuda,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1) akta yang sama.

No comments:
Post a Comment