Keldai dadah ditahan tidak miliki pasport
June 1, 2014
BUTTERWORTH - Seorang wanita warganegara Thailand ditahan dalam Ops Bersepadu di plaza tol Sungai Dua selepas dipercayai membawa dua bagasi berisi ganja, malam kelmarin.
Difahamkan wanita berusia 47 tahun itu menaiki bas ekspres dari Changlun, Kedah menuju ke Kula Lumpur kira-kira jam 5.30 petang dan ditahan kerana tidak memiliki pasport selepas pemeriksaan terhadap penumpang dibuat.
Bagaimanapun pemeriksaan lanjut dijalankan apabila mendapati wanita terbabit turut membawa dua beg pakaian yang dikunci malah enggan membukanya apabila diarahkan penguatkuasa.
Hasil soal siasat mendapati dia menerima upah sebanyak 5,000 Baht (RM48) untuk menghantar kedua-dua bagasi berkenaan tanpa mengetahui isi kandungannya.
Wanita terbabit kemudiannya ditahan polis unit narkotik untuk siasatan lanjut selepas alat pemotong digunakan bagi membuka kedua-dua beg terbabit.
Dalam pada itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman ketika dihubungi mengesahkan wanita terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Hassan Yaacob berkata, sebanyak 3,000 kenderaan diperiksa oleh 400 anggota merangkumi 14 agensi.
“Setakat ini, sebanyak 218 notis kesalahan dikeluarkan kepada pemandu dari 412 kes yang didapati melanggar undang-undang.
“Operasi besar-besaran ini adalah untuk memastikan pengguna mematuhi peraturan yang ditetapkan malah agensi-agensi yang terlibat turut memainkan peranan dalam pelbagai aspek untuk memastikan keadaan terkawal,” katanya.

No comments:
Post a Comment