Berebut kiub rubik punca pelajar maut
Tarikh: May 1, 2014
RAWANG - Hanya kerana kehilangan kiub rubik, pelajar Sekolah Menengah Agama Rawang di sini, maut dibelasah apabila rakannya itu tidak berpuas hati mangsa menuduhnya mencuri permainan itu.
Dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, mangsa Mohd Abdul Azim Adnan, 15, dikatakan baharu selesai mengulang kaji pelajaran di asrama sekolah.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Ali Ahmad berkata, mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di gelanggang bola tampar di sekolah berasrama di sini sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.30 malam kelmarin.
Katanya, mangsa dikatakan tidak berpuas hati dengan suspek dan menuduhnya mengambil permainan itu sebelum menolak suspek hingga terjatuh.
“Suspek kemudiannya bertindak balas dengan menarik kaki mangsa hingga jatuh dan menumbuknya sebanyak tiga kali sebelum Azim tidak sedarkan diri,” katanya, semalam.
Menurutnya, Azim dibawa ke bilik asrama oleh rakannya sebelum memaklumkan kepada warden selepas tiada tindak balas daripada mangsa.
“Mangsa terus dibawa ke klinik sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Selayang dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Siasatan awal mendapati, suspek mengaku menumbuk mangsa di bahagian muka sebanyak tiga kali namun tiada sebarang kesan kecederaan pada anggota mangsa,” katanya.
Bagaimanapun katanya, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat hospital.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Murniati Jalaluddin, 44, berkata, arwah pernah bergurau dengan ayahnya mahu mati awal selepas mendengar kisah orang belum baligh meninggal dunia akan dimasukkan ke syurga.
Katanya, insiden perbualan itu berlaku dua minggu lalu selepas mangsa pulang bercuti akibat catuan air di sekolahnya.
“Bila berkumpul, macam-macam perkara dikongsikan dan ayahnya ada menceritakan kisah syurga iaitu jika orang yang belum baligh meninggal dunia, dia akan masuk syurga, jadi secara spontan dia kata mahu mati awal.
“Selain itu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, namun menurut adiknya, dia terus solat sebaik sahaja masuk waktu,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Tambahnya, berdasarkan maklumat awal dari pihak forensik, kematian arwah adalah disebabkan otaknya yang membengkak kesan daripada insiden itu.
“Secara luaran keadaan mangsa tidak mengalami luka, namun terdapat kesan lebam di bahagian dada, belakang kepala dan telinga kiri,” katanya.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu, petang semalam.

No comments:
Post a Comment