MH370: Rakaman semula radar tentera dedah pesawat patah balik
PETA yang menunjukkan kemungkinan laluan pesawat penerbangan MH370 selepas ia berpatah balik dari laluan Igari di Laut China Selatan dan lokasi yang dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi.
KUALA LUMPUR: Rakaman semula daripada radar utama tentera mendedahkan bahawa pesawat kemungkinan MH370 berpatah balik ke arah barat dan menuju ke Semenanjung Malaysia. 

Kawasan pencarian kemudian diperluaskan ke Selat Melaka. 
Perkara itu didedahkan kerajaan hari ini dalam laporan awal pasukan penyiasatan antarabangsa berhubung kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada 9 April lalu.