Wednesday, 4 April 2018

*TAKAZA AGAMA VS TAKAZA DUNIA.........*

_TATKALA TAKAZA AGAMA (KEPERLUAN AGAMA) HENDAK DIBENTANGKAN KE HADAPAN :~_


" Sayang, abang nak keluar 3 hari hujung minggu ni "

" Boleh tak tangguh dulu keluar BERDAKWAH tu sementara? Sayang tengah sarat mengandung ni, tengah tunggu hari jer, kalau abang keluar siapa nak hantar ke Hospital? lagipun abang kan selalu juga keluar, Kali ni tak keluar takpelah. .ALLAH SWT FAHAM "

Dan si isteri mencebik bibirnya........

" Abah, saya nak keluar belajar buat usaha agama ni 40 hari je "

" Tak payah!! abah kan tengah sakit ni, takde siapa nak jaga abah "

Dan si ayah mula terbatuk-batuk..........

" Ibu, saya nak keluar ni buat usaha agama, tak lama 4 bulan je "

" 4 bulan kau cakap tak lama? Kalau kau keluar bukannya dapat duit pun. .lagipun bini kau tu tak lama lagi nak bersalin tu, kau tak kesian ke? "

Dan si Ibu mula menangis..............

ADUHHHH!!! Hancur luluh hati dan perasaan. .setiap baris ayat bagai pisau yang menghiris hati. .Perasaan yang berkobar-kobar dan membara untuk mencari hidayah Allah, mengusahakan iman dan amal semakin pudar............

Begitulah hari ini apabila TAKAZA AGAMA hendak dikedepankan, BERMACAM ujian dan dugaan menimpa................

Tetapi kalau dikedepankan TAKAZA DUNIA :~

" Sayang, abang nak ke Brazil ni minggu depan, ada projek juta-juta punya. . Mungkin 4 Tahun abang kat sana "

" Alhamdulillah, pergi la bang. .jaga diri baik-baik ye "

" Hmm. .tapi sayang kan sedang sarat mengandung sekarang? "

" Takpe lah bang, ALLAH SWT JAGA KAMI MACAM ALLAH SWT JAGA SITI HAJAR DAN ISMAIL DI PADANG PASIR DULU, INSHAALLAH. .Abang kan kerja untuk KEHIDUPAN kita yang lebih baik. . Pandailah sayang jaga diri. .lagipun IBU kan ada "

Dan Si isteri mencium tangan si suami......

" Abah, esok saya nak ke Amerikalah, ada projek mega kat sana "

" Oohhh. .Pergilah nak, berapa lama kat sana? "

" Lama juga abah, lebih kurang 7 Bulan. .Tapi abah macam mana, abah kan sakit tenat sekarang? "

" Takpelah, abah boleh jaga diri sendiri. .lagipun mak kau kan ada. .pergilah LAMA-LAMA pun takpe "

Dan Si Ayah memeluk anaknya..............

" Ibu, saya nak ke Jepun la, nak kerja kat sana. .tapi 4 Bulan kat sana. .ibu macam mana nanti kalau saya takde? "

" MACAM TU LA ANAK IBU. .pergilah cari rezeki NAK, IBU RESTUI. .kumpul duit banyak-banyak untuk masa depan kamu. .nanti yang SENANG kamu juga. . Bini kau biar IBU yang jaga. .jangan risau "

Dan Si Ibu mencium dahi anaknya...........

Hmmmmm. .beginilah lumrah MANUSIA,

 _*KEUNTUNGAN DUNIA yang sangat sementara ramai yang tahu NILAInya.. Namun*_ *KEUNTUNGAN AKHIRAT yang kekal, tak ramai yang tahu akan NILAInya*. .Cuma akan diketahui dan diyakini dengan sebenarnya apabila sudah tiba di dalam KUBUR..........

" Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina), sambil merayu :- Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin " (As-Sajdah : 12 )

" Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. .Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah SWT, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW "

- Buat renungan dan muhasabah diri -

No comments:

Post a Comment