Tuesday, 27 March 2018

Berakhirnya Jord Qudama dan Ulama di Masjid Jamek Bandar Baru,Sri Petaling.Kuala Lumpur

isi² penting dalam bayan Nasihat khas untuk ulama dan asatizah oleh Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Saad Kandahlawi..
Ijtimak Dakwah Malaysia.

1- Ulama dan Asatizah merupakan Pewaris Para Anbiya. Mereka juga perlu turun medan keluar Dakwah ke Jalan Allah untuk berjumpa manusia dan bermujahadah di Jalan Allah, tetapi perlu keluar secara bergilir-gilir.

kerana Ulama sangat di perlukan oleh Umat,
bila Ulama tidak dekati Umat,Maka umat akan jahil,Maka keluar dakwah secara bergilir².

Ulama perlu jadi seperti Hujan.
Turun ke medan bertemu Umat,Selamatkam Umat dari kejahilan, Itu tabligh.
Bertemu dengan orang yang tak Ada keinginan untuk tahu tentang Agama.
Manakala megajar orang yang sudah sememangnya ingin tahu ilmu Agama itu Taalim.
Keduanya kerja Nabi Saw.

Kerja tabligh perlu disampaikan kepada mereka yang tidak ada talab keinginan kepada agama, manakala kerja taalim disampaikan kepada mereka yang ada tallab keinginan terhadap agama.

2- tabligh dan taalim kedua² ini adalah kerja yang dibuat oleh nabi.
Satu kesalahan yang besar jika kita hanya menganggap tabligh sahaja kerja yg dibuat oleh Nabi dan taalim yakni mengajar ilmu agama itu tidak dilakukan oleh Nabi.
Namun kerja tabligh dan taalim perlu bergerak sekali.
Tidak hanya tumpu kepada satu bahagian sahaja.
Kerana tidak ada perbezaan didalam kerja tabligh dan kerja taaliim -
kedua²nya kerja yang dibuat oleh Nabi s.a.w.

3- ilmu adalah amanah yang Allah telah beri kepada ulama.
Dan ulama adalah bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada ummat.
Satu kezaliman buat para ulama yang tidak menyampaikan ilmu kepada ummat lalu menyebabkan ummat mati dalam kejahilan.

Jangan jadikan mengajar agama ini, cara untuk mendapatkan ganjaran atau upah di dunia.
Seseorang yang mengajar agama dengan niat untuk mendapat imbuhan, maka allah timpakan kepada dia dual perkara. Pertama- duit yag dia terima itu tidak ada keberkatan.
Kedua- dia tidak akan dapat pahala dalam pengajian agama yang dia buat.

Tetapi, maulana kata :
Bukan kita tidak boleh ambil upah dalam mengajar agama, boleh!
Tetapi dia tidak boleh ambil upah itu dengan sebab ilmu yang kita sampaikan,
namun kita boleh upah dengan sebab masa yang kita berikan untuk mengajar agama yang mana masa itu sepatutnya kita pergi bekerja tetapi kita gunakan masa itu untuk mengajar agama.
Dan untuk mengambil upah dalam mengajar agama pun, kita perlu ambil dengan sifat istighna (rasa cukup)
dan kalaulah kita mempunyai sumber lain yang boleh menampung kehidupan kita seharian, kita tidak perlu lagi untuk ambil upah dalam pengajian yang kita sampaikan.

4- untuk mengajar ilmu agama, kita perlu ada sifat takwa. Pengajar perlu ada sifat takwa, pelajar pun perlu ada sifat takwa. Seorang alim yang terlibat dengan dosa atau maksiat, maka umaat tidak akan dapat manfaat dari dia.
tidak selayaknya seorang yang mengajar ilmu agama itu, melakukan dosa dan maksiat. seorang yang bertakwa kepada Allah, Allah akan beri dia jalan keluar dari segala kesulitan.

Selagi mana kita ada niat untuk memberi manfaat kepada  manusia, selagi itu Allah akan beri ilham kepada kita.
Seperti mana lebah, dia buat madu untuk manfaat kepada manusia.
Maka,Allah sendiri yang memberi ilham kepada lebah cara untuk membuat madu.
Seorang yg belajar ilmu agama dengan niat untuk menyampaikan ilmu itu dan memberi manfaat kepada orang ramai maka Allah akan beri ilham kepada dia dan akan ambil kerja dari dia.

Mengajar ilmu agama, adalah dengan kasih sayang dan hikmah. Seperti mana cara nabi mengajar para sahabat ilmu dgn kasih sayang dan hikmah.
Seorang mualim perlu untuk mengajar pelajar dia berkenaan adab bukan memberi pelajar dia azab.

5- kalau ulama tidak bersama dengan jemaah Dakwah yang sedang bergerak hari ini maka ummat tidak akan dapat taalim dan tarbiah yang sempurna.
Kalau ulama tidak bersama dengan orang² yang keluar Dakwah maka ini adalah satu peninggalan sunnah yang paling besar.

 Didalam satu jemaah itu, jika tidak ulama atau orang yang pandai Al  Quran maka jemaah itu adalah jemaah yang cacat dan tidak sempurna. Ulama akan tahu kemanakah ilmu yang perlu dia sampaikan olehnya, bilamana dia bergaul dengan jemaah² yang keluar.

Ulama ini perlu pergi kepada ummat sepertimana awan yang membawa hujan.
Org yang  berilmu ini, tapi tidak mengamalkan ilmu dan tidak sampaikan ilmu kepada ummat maka dia akan terlebih dahulu akan diazab oleh allah.

Duduk di suatu tempat sahaja dan mengajar ilmu,
itu adalah perkara yg salah. Kita perlu keluar dan mencari manusia untuk mengajarkan ilmu agama.
Kita jangan menghadkan pengajaran ilmu kita didalam madrasah sahaja, tetapi kita perlu menyampaikan ilmu sehingga ke masjid²

Ulama jangan jadi perigi,
Bila perlu sahaja orang cari.
Jadilah sprti hujan,yang turun ke medan mencari Umat.
Ajar ilmu pada umat.
Selamat kan mereka dari kejahilan.
Agar mereka tidak mati dalam keadaan Jahil.

Maksud di dalam usaha kita adalah untuk menyampaikan ilmu kelebihan dalam megamalkan agama supaya timbul keghairahan dalam agama,
kemudian tugas para alim ulama untuk mengajar ilmu masail(hukum Hakam)  supaya perbetulkan amalan agama.

6- perkara terakhir ialah, ulama² perlu jadi seperti awan yang membawa hujan bergerak kepada umaat untuk memberi manfaat kepada ummat.

Wallahua'lam

Isi2 penting dalam bayan khas untuk ulama dan asatizah oleh Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Saad Kandahlawi.

No comments:

Post a Comment