Tuesday, 20 February 2018

Pengorbanan perempuan adalah sangat tinggi......iaitu korban perasaan,Korban Nabi saw yang sangat tinggi sekali adalah korban perasaan.

Sejak mereka kecil lagi,mereka di besarkan dengan kasih sayang ibu bapa.

Keperluan mereka,makan minum mereka,sakit mereka,kenderaan mereka jika mereka nak ke mana mana akan dibawa oleh ayah mereka dengan motorsikal atau kereta,semua hajat mereka tertunai melalui kasih sayang Ibu bapa dan keluarga mereka.

Mereka ada Ayah,Ada Ibu,Abang ada, adik ada,di rumah semua serba lengkap untuk mereka.

Kasih sayang cukup sempurna mereka dapat.

Apabila sampai waktu nikahkan mereka......kasih sayang yang mereka dapat selama mereka hidup dengan keluarga mereka,semua mereka telah korbankan saat mereka dinikahkan.

mereka tidak kenal latar belakang suami mereka,dia boleh jaga ke,dia boleh bagi kasih sayang ke,semua ape pun mereka tak tau tentang latar belakang suami mereka.

mereka tidak kenal latar belakang ibu mertua mereka.

mereka tidak kenal latar belakang bapa mertua mereka.

mereka tidak kenal perangai perangai adik beradik suami mereka.

mereka sanggup korban semua yang mereka dapat selama mereka hidup dengan ibu bapa mereka.

Mereka korban semua tu hanya dengan satu perjanjian iaitu perjanjian akad suami mereka dgn Allah.

Jika Allah swt mula sahaja melihat pengorbanan perempuan perempuan hanya dengan sebelah pandangan sahaja,sudah cukup bagi Allah untuk masukan mereka dalam syurga.

hari ini kita kena usaha untuk berkelakuan baik dengan isteri kita,sehingga wujud dalam hati mereka,dalam dunia ini tidak ada sapa sapa yang boleh memberi kasih sayang selain suami saya.

Kita kena berkelakuan dgn Isteri kita sehingga wujud perasaan dan di cop mohor dalam hati mereka,dalam dunia ini Ibu saya,Ayah saya,Abang saya,kakak saya,adik saya, semua orang tak boleh bagi kasih sayang
selain suami saya bagi kasih sayang.

BERAT BAGI SUAMI TETAPI BILA USAHA, AKAN JADI LEBIH MUDAH UNTUK SUAMI.

NASIHAT INI SAYA DAPAT SECARA INDIVIDU PADA TAHUN 2008 DARI MAULANA DAUD RAH.

No comments:

Post a Comment