Monday, 12 February 2018

Ingatan Yang Baik Dari Maulana Helmi

"Perselisihan pendapat antara para masyaikh dakwah mutakhir ini bukanlah perselisihan syarie yang mengakibatkan haram atau halalnya sesuatu sehingga yang mengingkari hukum tersebut boleh di hukum kafir.

Perselisihan antara mereka adalah dari segi afdhaliyyah semata-mata. Yakni mana lebih baik seorang amir memimpin jemaah Tabligh atau secara berjemaah. Itu saja.

Perselisihan ini tidak mengakibatkan salah satu dari dua golongan tersebut terkeluar dari iman dan akidah Islam.

Perselisihan umat merupakan suatu yang tidak disukai oleh Rasulullah saw kerana akibatnya adalah terangkatnya nusratullah dan tertutup nya pintu hidayat.

Nabi merayu meminta pada Allah swt agar umat Ya bersatu padu tidak berpecah belah, sebab dalam perpecahan ada azab, tapi doa baginda saw tidak diterima Allah swt.

Perpecahan umat telah bermula
Sejak zaman kekhalifahan Saidina Abu Bakar ra lagi dan akan berterusan hingga ke hari kiamat.

Apabila berlaku perperangan antara Saidina Ali RA dan Muawiyah ra diwaktu itu sahabat Nabi saw terpecah menjadi empat golongan.

1) Yang menyokong Amirul
mukminin.

2) Yang menentang Amirul Mukminin.

3) Yang berdiam diri

4) Yang Mendamaikan antara kedua kelompok tersebut.

Kelompok kedua dinamakan oleh Rasulullah saw sebagai Al Fiatul Baghiyah (pendurhaka) walaupun mereka merasa mereka dalam kebenaran.

Kelompok yang direstui oleh Nabi saw adalah yang ketiga dan ke empat.

Jadi apabila kita bersua dengan situasi sebegini maka kita letaklah diri kita dikalangan kelompok ketiga dan ke empat.

Jangan jadi kelompok kedua kerana segala amal kita akan musnah bila kita terjun dalam fitnah.

Keadaan yang berlaku sekarang ini adalah fitnah, dizaman fitnah kita kena buka kitabul fitan Wal malahim baca.

Apa nasihat Rasulullah saw kepada para sahabat baginda saat bertemu dengan fitnah?.

Dua nasihat yang boleh kita amalkan:

Pertamanya baginda saw berpesan jadilah engkau seperti salah seorang anak Adam yang terbaik (Habil as), ketika abangnya Qabil mendesaknya untuk berpedang maka dia mengalah sambil mengatakan:

لين بسطت الي يدك لتقتلني ما انا بباسط يدي إليك لأقتلك

Keduanya pesanan Nabi saw kepada para sahabat iaitu jangan lah sesekali kalian terjun melibatkan diri dalam fitnah.

Fitnah akan berlaku orang yang berhenti dari nya adalah lebih baik dari seorang yang berjalan dalam fitnah. Seorang yang berjalan didalamnya lebih baik dari orang yang berlari di dalamnya. Maknanya nasihat Nabi saw agar kita jangan campur dalam fitnah. Kerana fitnah lah yang akan menghancurkan kekuatan umat Islam.

Walaupun dalam soal ini saya bersama Maulana Saad hafizahullah tapi saya tetap menyanjung tinggi Maulana Ahmad Lath, Maulana Ibrahim dan lainnya.

Baru subuh tadi saya bersalaman dengan Maulana Ahmad Lath di Mekah. Tak kurang rasa takzim saya kepada beliau. Urusan khilaf antara dia dengan Maulana Saad adalah masalah mereka bukan masalah kita.

Sama macam apabila ayah dan ibu kita bercerai maka sebagai anak yang baik, apakah kita perlu berpihak kepada mana-mana dari salah satu dari mereka. Kalau saya sokong ayah lalu saya memburukkan ibu saya apakah saya akan masuk syurga?

Anak tetap anak, tak mungkin kita Boleh memburukkan ibu atau ayah kita, sama juga dengan ulamak mereka tetap ulamak dan kita tetap murid mereka. Memuji segolongan dan mengutuk segolongan itu tanda dalam hati kita ada sifat nifak,Wallahu a'lam"

Maulana Helmi

Usaha Atas Iman Dan Amal

No comments:

Post a Comment