*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat_*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ
Dari Abu Hurairah RA dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya .(HR Tirmizi No: 2239 ) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Termasuk sifat orang Muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia dan bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.
2. Termasuk sifat seorang Muslim adalah menjauhkan diri dari perkara yang tidak bermanfaat baginya, perbuatan yang sia-sia, serta maksiat dan berdosa.
3. Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah sia-sia dan merupakan tanda kelemahan iman.
4. Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Kerana waktu yang berlalu tidak akan kembali.
Pastikan sesuatu yang tidak bermanfaat dan mendatangkan faedah kita tinggalkan. Apatah lagi ianya mendatangkan mudarat dan dosa.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
29hb Januari 2018
12hb Jamadil Awal 1439H
No comments:
Post a Comment