Pensyarah cina UKM temui hasil kajian kaum cina diskriminasikan bangsa Melayu
1.BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.
2.Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.
3.Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
4.Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi di pegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.
5.Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.
6.Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.
7.Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.
8.Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
9.Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.
10.Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.
11.Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.
12.Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.
13.Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina.
14.Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.
Ceritakan pengalaman anda bekerja dengan cina di ruangan comment supaya dapat kita menguatkan kajian ini bahawa ini benar benar terjadi sejak dahulu lagi.
Sumber:
http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1464-discrimination-against-hiring-of-malay-graduates
No comments:
Post a Comment