NASIHAT DARI MAULANA SA'AD SAHAB AL KANDAHLAWI BARAKATUHUM
Agar ALLAH tetapkan Hidayah pada kita:
1. jangan lihat keburukan orang lain dan jangan lihat yg bukan muhrim.
2. Niat amal untuk islah diri : semua perintah ALLAH anggaplah baru mengatahuinya.
3. Ada fikir dan risau seperti Rasulullah SAW :
- bagaimana umat selamat dari azab ALLAH
- bagaimana Amal Rasulullah SAW bisa hidup di seluruh alam
- bagaimana usaha Nabi SAW bisa hidup di seluruh alam.
4. Pandanglah kebaikan orang lain dan selalu muhasabah diri & bertaubat atas kekurangan pada amal kita dan keburukan² diri kita.
Untuk mendapatkan sifat ini semua, hendaklah jadikan maksud hidup Nabi SAW juga maksud hidup kita, yaitu hidup untuk dakwah, dakwah sampai mati dan mati dalam dakwah." Asbab turunnya Hidayah:
1. Tholab= rasa ingin tahu & mujahadah
2. Ikuti perintah ALLAH : ibadah, usaha dakwah tabligh, hijrah & bermujahadah
3. Amalkan sunnah, muamalah, muasyarah dan akhlaq Rasulullah SAW.
4. Niatkan untuk mendapatkan Hidayah & Ridho ALLAH SWT.
Mujahadah ada 3:
1. mujahadah jasad: hendaklah kurangi makan, minum, tidur, istrahat, dll,
2. mujahadah nafs : memperbanyak sholat & amalan sunnah,
3 mujahadah qubro: melawan syetan manusia & syetan iblis dengan sabar, tabah dan selalu istighfar terhadap desakan & godaannya yang mengajak ketidaktaan kepada ALLAH dan Rasul-Nya
Tanda-tanda Hidayah ada dalam diri kita:
1. merasa menjadi hamba ( rendah hati )
2. Jalan pada amalan (bashiroh)
3. Tujuan hidup untuk Akhirat,, "Niatkan seluruh hidup, seluruh harta, seluruh diri untuk ALLAH Ta'ala!" InsyaALLAH...
'Amal dan sampaikan, insya Allah...!!!
Antara dakwah dan ilmu terdapat sebuah kesinambungan dan kelaziman yang tak boleh dipisahkan, sehingga tak dapat diterima akal bahawa seorang daie akan mampu berdakwah tanpa bimbingan ilmu dan begitu juga sebaliknya seorang berilmu yang tidak terbayangkan bahawa mereka berilmu namun tidak menjalankan dakwah.
Di medan dakwah ini Allah swt akan meletakkan halangan yang banyak dan besar dihadapan para daie untuk menguji sejauh mana keikhlasan dan istiqamahnya para daie tersebut di jalanNya.
Hari nie kebanyakan orang berfikir bahawa saat menghadapi ujian kita perlu menyelesaikan masalah kita terlebih dahulu sebelum meneruskan dakwah.
Hakikatnya berdasarkan amalan dan pengalaman para anbiya alaihimussalam di saat mereka hebat di uji oleh Allah swt mereka bukan sekadar memilih untuk meneruskan dakwah bahkan mereka meyakini bahawa melalui cara beristiqamah di atas dakwahlah Allah swt akan menyelesaikan seluruh masalah yang dihadapi.
Nabi Yusuf as difitnah oleh Zulaikha hingakan baginda disumbatkan ke dalam penjara. Dalam keadaan ujian yang begitu berat sekalipun baginda as tidak meninggalkan tanggungjawab dakwahnya yang di amanahkan oleh Allah swt kepadanya.
Telah menjadi sifat semulajadi para anbiya dan para sahabat bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun, samaada senang maupun susah, mulia atau hina, mereka tidak terkesan dengan suasana bahkan mereka hanya terkesan dengan perintah Allah swt.
Dan di dalam melaksanakan perintah Allah swt mereka tidak pernah mencari alasan dan sebab bagi hukum tersebut. Bahkan yang mereka tahu hanyalah bagaimana untuk menyempurnakan hukum tersebut.
Ujian pertama yang Allah swt turunkan ke atas para hambanya adalah ujian taat lalu di ciptakan Nabi Adam as untuk menguji ketaatan para Malaikat dan Iblis laknatullah alaih.
Para malaikat sebaik saja menerima hukum tersebut langsung taat tanpa bertanya sebab dan alasan bagi hukum tersebut. Sebaliknya Iblis laknatullah sibuk bertanyakan sebab dan alasan sebelum melaksanakan hukum tersebut.
Jika perintah tersebut menepati apa yg dikehendaki maka dia akan taat, namun jika sebaliknya maka dia akan ingkar.
Tatkala Iblis ditanya apakah sebabnya beliau enggan bersujud kepada Adam as maka alasan yang diberikan adalah kerana Adam lebih rendah martabatnya berbanding dirinya.
Adam orang baru sementara saya orang lama, Adam dari tanah yang berada di bawah sebaliknya saya dari api yang secara adatnya berada di atas.
Kerana sudah terbiasa dengan tabiat mencari alasan untuk tidak taat maka sejak di usir dari syurga lagi dia telah berazam untuk terus ingkar kepada Allah sehingga ke hari kiamat.
Bahkan dia akan menggunakan cara yg sama untuk mengeluarkan Adam as dari syurga iaitu dengan cara mengajar Adam as untuk mencari sebab mengapa Allah swt melarang baginda dan pasangannya (Hawa as) dari menghampiri pohon Zaqqum
No comments:
Post a Comment