Thursday 21 December 2017

SAMPAI BILA PRAMUGARI MESTI BERPAKAIAN SEKSI? 20-12-2017(RABU) PORTAL BERITA DARI ISLAM DAN MELAYU: MANUSIA normal dalam negara maju, berpendidikan tinggi tidak memerlukan banyak hujah mengapa aurat perlu ditutup dan mengapa pakaian patuh syariah perlu didaulatkan dalam negara. Jika perlu disenaraikan disenaraikan sekalipun, ratusan hujah boleh diberikan dan sudah pasti ia boleh diterima akal yang sihat. Hanya mereka yang bodoh dan gila sahaja yang akan mempertahankan etika pemakaian seksi yang tidak patuh syariah. Ini Malaysia. Tanah air kita. Tertulis dalam Perlembagaan bahawa Islam agama Persekutuan. Hak asasi manusia ? Hak untuk bebas berpakaian seksi ? Hak untuk bebas untuk tidak berpakaian? Tolonglah cari alasan lain. Anda tak ada alasan sebenarnya. Apa yang tinggal adalah kemahuan. Nak atau tak nak. Tapi apa yang rakyat nampak, semua yang berada di atas, tak ada kemahuan yang jitu memartabatkan pakaian patuh syariah. Betul, kalau nak ubah  satu- satu polisi, banyak proses perlu dilakukan dan memakan masa. Dah tu, nak harapkan siapa? orang yang ada kuasa yang perlu bertindak. Kami dibawah, hanya berusaha apa yang termampu. Kalau nak tambah pendapatan negara melalui cukai GST, macam- macam usha kerajaan dilakukan. Isu pakaian patuh syariah ini jika dilihat satu lapis, tak membawa nilai ekonomi, tapi percayalah, apabila sesuatu tuntutan agama itu ditegakan, di situlah hadirnya keberkatan yang tak boleh dinilai dengan angka. Pembuat dasar dan polisi perlu memainkan peranan. Gunakan kuasa yang ada di tangan Terkini, Senator Datuk Hanafi Mamat sudah menyuarakan isu pakaian pramugari di Dewan Negara. Sebelum- sebelum ini pun, sudah ramai pihak bersuara. Pada April 2005, ia juga menjadi topik hangat di Parlimen. Ketika berlakunya tragedi MH370, Ketua Wanita Isma, Dr Norsaleha Mohd Salleh juga membangkitkan isu sama. Pakaian pramugari dan hidangan arak dalam penerbangan yang mengundang murka Tuhan. Saya tak berhajat mengemuakakan hujah mengapa polisi pakaian pramugari perlu diubah menjadi lebih patut syariah. Bagi saya, tak perlu. Semua sudah bijak. Semua pandai menilai. Apa yang tinggal, kemahuan, pepatah mengatakan, kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Isu tudung bagi pekerja barisan hadapan hotel membuktikan perkara ini. Tak guna berhujah. Kita perlukan pemimpin yang berani untuk menyatakan kebenaran dan mendesak agar ia dipatuhi. Pramugari sendiri dan ahli keluarga pramugari juga perlu berani menyatakan hak mereka untuk berpakaian patuh syariah bagi memenuhi tuntutan agama. Kepada pramugari MAS, Air Asia, Malindo Air, FireFly dan lain- lain, Ismaweb sedia menyiarkan suara anda tanpa indentiti didedahkan. Apa guna terbang sana sini satu dunia. elaun berpuluh ribu ringgit, tapi aurat pun tak reti jaga ? Takut dibuang kerja ? Hentikan hujah tak masuk akal itu. Akhir kalam, saya berpesan kepada diri saya dan semua agar ambilan Islam itu sepenuhnya. Bukan hanya di musim pilihan raya sahaja. Bukan hanya ketika ditimpa musibah semata- mata. Mohd Firdaus Salleh Hudin Pengarang Ismaweb.net

No comments:

Post a Comment