Saturday, 2 December 2017
PERJALANAN BEBAS VISA RAKYAT MALAYSIA BERMULA 27 DISEMBER 1-12-2017( JUMMAT) PORTAL BERITA DARI MYNEWSHUB: PUTRAJAYA- Bermula 27 Disember ini, pemegang semua jenis pasport Malaysia boleh memasuki Maghribi selama 90 hari tanpa visa. Dalam satu Kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata ini susulan Perjanjian Penghapusan Separa Keperluan Visa yang dimeterai oleh Malaysia dan Maghribi di sini pada 19 julai lalu. Menurut Kenyataan itu selepas semua keperluan dalaman dipenuhi oleh kedua- dua negara, perjanjian itu dikuatkuasakan pada 27 Dis ini. "Bermula tarikh itu, pemegang pasport Malaysia yang melakukan perjalanan rasmi, perniagaan atau lawatan sosial boleh memasuki Maghribi secara bebas selama 90 hari tanpa keperluan visa. "Penguatkuasan perjanjian ini dijangka terus memperkukuh hubungan dua hala di antara kedua- dua negara memandangkan ia menyediakan platform bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pelancongan," demikian menurut Kenyataan itu. Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Maghribi terjalin sejak 1963.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment