Tuesday, 5 December 2017

Assalammualaikum

UTK ABANG2, KAKAK2 ADIK2 , RAKAN2 DAN UNTUK INGATAN DIRI SENDIRI JUGA.

 *Kepada semua saudara2 teman2 yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60+*

Ini ada beberapa
nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan.

mulai hari ini saya ingin berkongsi dan lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

*nasihat pertama#*

cubalah berurut urat saraf 7kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*nasihat kedua#*

banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*nasihat ketiga#*

cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*nasihat keempat#*

kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*nasihat kelima#*

jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

*nasihat keenam#*

biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*nasihat ketujuh#*

jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*nasihat kelapan#*

banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*nasihat kesembilan#*

banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*nasihat kesepuluh#*

bersedekah,berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..

*nasihat kesebelas#*

makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan  ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

*Renung2kan dan selamat beramal serta semoga beroleh manafaat*

( Maniskan SenyumanMu😊..selalu.

No comments:

Post a Comment