سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
_Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat." [ Surah Al-Isra' 17 : 1 ]
_
_
*PROTES AMAN DI-ATAS PEMBERIAN PERCUMA KOTA BAITUL-MAQDIS KEPADA REJIM ZIONIS ISRAEL OLEH PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT*
Mana anda apabila bumi yang pernah berpijaknya tapak kaki seorang Rasul yang sangat dicintai oleh Allah SWT ( Baginda Nabi Muhammad SAW ke Mi'raj) kini diberi percuma kepada Rejim Israel?
Adakah anda salah satu dari mereka yang hanya mampu membantah secara senyap dan lemah di laman-laman media sosial ? Atau mungkin kita sekadar berceloteh bersama rakan taulan di pejabat atau keluarga di rumah mengenai isu ini, sedangkan sedar atau tidak keadaan sudah jelas ke tahap at- Daruriyah terhadap Umat Islam?
Dalam perkara ini, *Kumpulan Mempertahankan Al-Quds & Baitul Maqdis Pulau Pinang* (gabungan lebih dari 24 NGO) berpandangan adalah tepat sekiranya tindakan Amerika Syarikat dan Israel Zionis dikecam dengan sehebat mungkin dan ini dizahirkan melalui satu himpunan RAKSASA AMAN di Masjid Kapitan Keling. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah.
*Lokasi* : Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
*Tarikh* : 15 Desember 2017
*Masa* : Selepas Solat Jumaat
*Imam dan Khatib* Mufti Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Ayuh jangan pula kita *anak tirikan* Masjidil Al-Aqsa di Kota Baitul Maqdis, sedang kita insaf ia bangunan Islam kedua tertua di dunia dan Masjid yang ketiga suci kepada kita iaitu Umat Muhammad.
Perlihatkan kepada Malaysia dan Dunia, bahawasanya Rakyat Pulau Pinang peduli akan darurat ini dan bersedia untuk menzahirkan kemarahan dan kekecewaan terhadap Rejim Israel DAN Amerika LAKNATULLAH secara terbuka dan JELAS !
*AYUH KITA RAKYAT PULAU PINANG* !
*ALLAHUAKBAR* !
Viralkan
No comments:
Post a Comment