Wednesday, 29 November 2017

Suatu ketika dulu,Mehji Mehrab buat usaha atas satu orang,taskil dia,pujuk rayu dia untuk keluar 3 hari,Orang yang Mehji Mehrab jumpa tu bagi banyak alasan tak nak keluar 3 hari,kemudian Mehji Mehrab pujuk dia lagi dan berkata pada dia,tak pe lah,kamu datang Nizamuddin,disana ada seorang alim besar, kamu dengar cukup apa yang beliau cakap,kamu ikut saya datang ke Nizamuddin jumpa dengan Maulana Ilyas rah,kot kot dia boleh terkesan dengan dakwah Maulana Ilyas,Taskil yang paling rendah,apabila sampai sahaja di Nizammudin,Mehji Mehrab cari Maulana Ilyas rah,dan bawa orang tu jumpa Maulana  Ilyas rah dan Berkata Wahai Maulana Ilyas,Saya bawa dia jumpa Tuan,Tuan cakap lah dengan dia kot kot dia boleh terkesan dengan dakwah Tuan,terus Maulana Ilyas rah berkata pada Mehji Mehrab,wahai Mehji apa sudah jadi dengan kamu,kenapa kamu bawa dia pada Ilyas,Ilyas makhluk,Ilyas tak boleh buat ape ape,kamu kena bawa dia pada Allah,kamu kena mengadu pada Allah menangis pada Allah untuk hidayah dia,Mehji Mehrab berkata dia tidak pernah lihat sebelum sebelum ini wajah Maulana Ilyas rah begitu marah sehingga muka Maulana Ilyas menjadi merah sekali.......hari ini kita mau bawa manusia kepada Allah,jangan kita bawa manusia kepada Makhluk,Mizaj Ummat ini adalah mizaj Nabi Nabi,tak ada satu Nabi pun bawa manusia kepada makhluk,semua Nabi Nabi bawa manusia kepada Allah.

No comments:

Post a Comment