Thursday, 7 September 2017

*Anak*

Assalamualaikum....
Sekadar renungan utk kita sebagai ibu dn bapa.....
Anak anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan  antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

Anak yg baik, anak yg cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

Anak2 yg biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

Anak2 yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak2 kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak2 kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada  membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

Anak2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak2 kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

Anak2 kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian skg tp dia lah yg akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang!

Kata-kata indah untuk renungan kita bersama....

No comments:

Post a Comment