Saturday, 30 September 2017

*A P A   I T U   TA'ALIM?????*

Ta’alim, secara bahasa berarti pengajaran , secara istilah pula bererti pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampian pengertian, pengetahuan dan ketrampilan.

Ta'alim adalah menyampaikan ilmu agama melalui hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W dimana bertujuan untuk menghidupkan kembali roh2 kita agar sentiasa ingatkan Allah dan patuh kepadaNya.

🌟Kelebihan :

👉Rumah yang didalamnya terdapat majlis ta'alim, bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka Rasulallah saw. Barangsiapa yang mewarisi pusaka Rasulallah saw, maka akan diturunkan rahmat dan barakah, ketenangan dan ketenteraman akan terwujud di rumah tersebut.

👉Rumah yang diadakan majlis ta'alim di dalamnya akan dikunjungi oleh para malaikat. diturunkan taufiq,hidayah serta rahmat. Segala amal buruk. kegelapan, ketegangan akan dijauhkan dari rumah tersebut. Amalan ta'alim akan membawa cahaya dan akibatnya, kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan damai.

🌟Langkah-langkah yang harus dilakukan agar terwujud Majlis Ta'alim di rumah kita:

👉Suami isteri dan keluarga bermusyawarah agar semua memahami betapa penting dan mulianya majlis ta'alim ini.
👉 Tentukan waktu untuk ta'alim. Waktu yang terbaik untuk ta'alim adalah jika semua ahli keluarga sedang berkumpul.
👉Melaksanakan ta'alim di tempat yang istiqamah.
👉Bawa adab-ada majlis dengan sempurna seperti duduk iftirasy, menutup aurat,berwudhuk dan sebagainya.
👉Buku yang dipergunakan adalah kitab Fadhail A'mal, Muntakhab Ahadis dan Fadhilat Sedekah
👉Waktu untuk ta'alim dirumah paling terbaik sekurang-kurangnya 30minit.. Bagi orang baru memadai baca 1hadith setiap bab dan hari demi hari ada peningkatan..

🌟Tujuan diadakan Majlis Ta'alim:

👉Tujuan kita mengadakan Majlis Ta'alim adalah semata-mata untuk mengingati Allah swt dan mendapat keredhaanNya.
👉Untuk menghidupkan sunnah Rasulallah saw yang menjadi asbab kejayaan kita di dunia dan akhirat. Sunnah itu bukan hanya kita pelajari, tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari.
👉Apabila kita sering duduk di dalam majlis ta'alim Fadhail Amal. maka kita akan rasa ghairah untuk mengamalkan agama.
👉Majlis ta'alim menghubungkan ilmu kita yang sedikit ini dengan ilmu Allah swt Yang Maha Luas.
👉Supaya kita dapat luangkan waktu untuk belajar agama.
👉Supaya kita dapat memiliki fikir dan risau agama dan sepasang suami isteri akan memiliki fikir dan risau yang sama.
👉Untuk mengetahui segala perintah Allah swt dan Sunnah2 Rasulallah saw serta alam akhirat.
Untuk menghubungkan ilmu dengan amal.
👉Untuk memasukkan Nur kalamullah dan Nur sabdaan Rasulallah saw ke dalam hati kita.

🌟Keutamaan Majlis Ta'alim

👉Mahfum hadis Nabi saw: Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membacakan kitab Allah, saling mengajarkan sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumuni oleh para malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisiNya." ( hadith riwayat Muslim, Abu Daud)

👉majlis ampunan dosa-dosa pesertanya akan digantikan dengan kebaikan. Walaupun seseorang hanya kebetulan saja menghadiri majlis yang di dalamnya disebutkan nama Allah swt, orang itu tetap akan diampuni seperti yang lain.

👉mendapatkan sakinah atau ketenangan jiwa.

👉Sebuah majlis ta'alim dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak diingat nama Allah swt di dalamnya.

👉 Para malaikat akan melihat tempat-tempat majlis ta'alim seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit.

👉Sesaat saja duduk di majlis ta'alim, pahalanya lebih baik daripada berziarah kepada 100 orang pesakit.

👉Majlis ta'alim juga lebih mulia daripada menghantarkan 1000 jenazah ke perkuburan.

👉Mahfum hadith Nabi SAW majlis ini merupakan kebun-kebun syurga.

👉Majlis ta'alim juga merupakan pusaka warisan Rasulallah saw.

👉Allah swt akan menurunkan rahmatNya kepada setiap peserta majlis ini. Ada 4 tempat di muka bumi ini yang Allah swt senantiasa menurunkan rahmatNya:
1- Masjidil Haram
2- Makam Rasulallah saw
3- Pada bulan Ramadhan
4- Majlis-majlis yang di dalamnya disebut nama Allah.

🌟Jika kita senantiasa menghadiri majlis ta'alim, maka kita akan mendapat perbaikkan 5 aspek agama dalam kehidupan kita iaitu:
1- Imaniyah
2- Ubudiyah
3- Muammalah
4- Muasyarah
5- Akhlak


Selesai saja hadis2 dibaca.. Teruskan dengan menyebut tentang 6 sifat para sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika kita ikuti , Insyaallah akan bawa kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Jika kita dapat membentuk majlis ta'alim dirumah itu bererti ada ciri-ciri sunnah Rasulallah saw dan para sahabat di dalam rumah kita.

 Insyaallah, sebagaimana Allah swt mendidik mereka, begitu juga Allah swt akan mendidik kita. Segala sifat yang ada pada diri mereka sedikit-sedikit akan kita miliki.

Rumah yang didalamnya diadakan majlis ta'alim, maka rahmat dan keberkatan akan datang, sakinah. ketenagan, serta ketenteraman akan terwujud.Amiinn

P/s :
📌jangan lupa habis taklim doa penutup majlis tasbih kafarah.
📌setiap hadis  diulang baca 3x
📌istiqamah dalam masa 40hari insha Allah, kita akan rasai perubahan dalam keluarga dan kehidupan..
📌 istiqamah 1tempat 1masa.contoh setiap hari pukul 9pm di tempat yang sama.
📌sifat2 sahabat.... Insha Allah akan disambung nanti😍

No comments:

Post a Comment