Monday, 26 June 2017

"YA ALLAH, KURNIAKANLAH ISTIQAMAH KEPADA KAMI DI ATAS JALAN KETAATAN SEHINGGA KAMI KEMBALI KEPADA-MU."

Sesungguhnya Ramadhan telah berakhir. Namun, adakah pelbagai amal soleh yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan dapat kekal sehingga ke akhir hayat?

Apabila Ramadhan berakhir, sama-samalah kita berdoa dan berusaha sedaya upaya mudah-mudahan amal soleh yang telah dilakukan akan terus berkekalan sepanjang hidup kita.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Peringatan untuk kita semua :

1) Peliharalah Solat Fardhu agar didirikan pada awal waktu dan dilaksanakan secara berjamaah di masjid atau surau.

2) Lazimilah Solat Sunat Rawatib.

3) Berusahalah untuk istiqamah mendirikan Solat Sunat Witir.

4) Sentiasalah berusaha untuk konsisten mengamalkan Zikir Pagi dan Petang.

5) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendirikan qiyamullail.

6) Teruskanlah memperbanyakkan sedekah dan perasan belas ihsan kepada insan-insan yang memerlukan.

7) Jangan lupa untuk melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawwal.

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam:

"Sesiapa yang telah menyempurnakan Puasa Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan Puasa Sunat Enam Syawwal, seolah-olah dia telah menyempurnakan ibadah puasa sepanjang tahun".

Hadith riwayat al-Imam Muslim rahimahullah.

"Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah di atas jalan ketaatan kepada-Mu sepanjang hayat kami".

الفقير إلى رحمة الله ومغفرته،
أبو عمار مدني،
عفا الله عنه وعن والديه وعن جميع المسلمين.

Lumut, Perak.
Isnin, 2 Syawwal 1438H - 26 Jun  2017.

No comments:

Post a Comment