Sunday, 16 April 2017

-Sunat-

Ramai manusia jahil yang kerana mengamalkan amalan-amalan sunat, mereka terjun ke jurang neraka yang dalamnya mengambil masa 70 tahun untuk sampai ke dasar.

Amal amalan sunat tapi balasannya neraka?
What???

Apa Batoota merepek ni!

Tak, tak merepek... Memang ada yang macam tu...

Contoh:

1) Kerana nak buat kenduri kahwin/walimah yang hukumnya SUNAT, ada orang bodoh yang mengambil pinjaman riba dari bank konvensional yang hukumnya HARAM MUTLAK.

2) Ada orang yang nak cium Hajarul Aswad di Ka'bah yang hukumnya SUNAT tapi mereka menzalimi dan menyakiti orang Islam di sekelilingnya dengan menolak, menyiku, memijak, menghimpit, mengherdik, mencarut, memaki yang hukumnya HARAM MUTLAK.

3) Ada yang berebut nak solat di Raudhah yang hukumnya SUNAT tapi menyakiti orang tua, kanak-kanak dan orang Islam lainnya yang hukumnya HARAM.

4) Ada yang nak akad nikah di dalam masjid yang hukumnya SUNAT tapi ia menyebabkan wanita-wanita jahil yang sedang haid (kadang-kadang termasuk pengantin perempuan) masuk sekali dalam masjid yang hukumnya HARAM atas alasan "sekali seumur hidup", apatah lagi yang tak jaga adab, tabarruj, tak tutup aurat.

5) Ada yang beriktikaf dalam masjid yang hukumnya SUNAT tapi buka lampu dan kipas satu masjid yang jelas pembazirannya dan hukumnya HARAM.

6) Ada juga yang solat malam yang begitu panjang dan lama yang hukumnya SUNAT sampai terlampau letih dan tertidur hingga terlepas solat fardhu Subuh yang HARAM ditinggalkan.

7) Ada yang berbuka puasa yang hukumnya SUNAT tapi membazir makanan dan melewatkan solat sampai hujung waktu kerana lalai dengan makanan yang hukumnya HARAM.

8) Ada yang mengambil wudhuk yang hukumnya SUNAT tapi menggunakan air masjid secara berlebihan (lebih dari 500ml) tanpa keperluan (contohnya buka paip air besar² dan guna sedikit untuk berwuduk) yang hukumnya HARAM.

9) Ada yang sibuk siang malam mengaji ilmu khilafiyyah yang SUNAT dan tujuannya adalah untuk berdebat dengan orang bodoh (supaya dia kelihatan pandai di mata manusia) yang hukumnya HARAM.

10) Juga yang sibuk siang malam kaji ilmu khilafiyyah yang SUNAT sehingga meninggalkan pengajian ilmu fardhu Ain dan hukumnya HARAM.

11) Ada juga yang sibuk berdakwah di FB , whatsapp dan lain-lain media yang hukumnya SUNAT tapi guna wi-fi curik/hacked atau guna wi-fi office ketika office hours (yang mana dia dibayar untuk bekerja dan guna kemudahan pejabat untuk kegunaan kerja, bukan peribadi) yang hukumnya HARAM.

12) Ada yang menjual dvd Al-Quran , qasidah, nasyid dan lain-lain yang SUNAT tapi cetak rompak dan hukumnya HARAM.

13) Ada yang membeli belian orang lain untuk amalkan amalan sunat contohnya selalu diamalkan oleh orang-orang kaya jahil di Mekah yang membeli belian bilik-bilik hotel jemaah umrah lain pada bulan Ramadhan untuk mengejar fadhilat umrah di bulan Ramadhan yang hukumnya SUNAT tetapi belian atas belian (dengan harga lebih tinggi) hukumnya HARAM sehingga menjadi kezaliman besar kepada jemaah umrah (yang dalamnya ramai orang tua-tua lemah) yang menempah awal.

14) Ada juga yang ingin membantu merawat pesakit misterius yang hukumnya SUNAT tapi merawat pakai sihir/jin yang hukumnya HARAM.

15) Ada yang galak menjual tudung yang hukumnya SUNAT (jual tudung sunat ye, tutup aurat yang wajib), tapi jual tudung yang tidak syar'ie yang hukumnya HARAM.

Banyak lagilah... Malas nak pikir dah... Sakit kepala...

"Anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala?" -abang restoran-

IbnuBatootaChisty
16 April 2017
12.32pm
Simpang Pulai, Perak
Daurah Sunan Darimi

No comments:

Post a Comment