Monday, 17 April 2017

Hi

TERIMALAH JODOH ANDA SEADANYA…

"saya pernah bercinta, namun pengalaman pahit semasa bercinta itu membuatkan saya berasa cukup trauma untuk mengenali lelaki lain"
Kategori Artikel: 
Kongsi artikel ini: 
Terima, Jodoh, Anda, Seadanya
Saya seorang wanita yang sudah berusia lewat 20 an. Apa yang ada dalam fikiran saya, hanyalah kerja, kerja, dan kerja sahaja. Saya pernah bercinta, namun pengalaman pahit semasa bercinta itu membuatkan saya berasa cukup trauma untuk mengenali lelaki lain. Dan pada waktu itu, saya nekad untuk hanya menyibukkan diri saya hanya dengan kerjaya saya sahaja. Tapi, Allah telah jadikan manusia hidup berpasang-pasangan, jadi tipulah kalau saya cakap saya langsung tidak mempunyai keinginan untuk membina mahligai rumah tangga. Sehinggalah pada suatu hari itu, saya menyampaikan hasrat ingin berumah tangga kepada kedua orang tua saya. Malah, mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Selepas saya diperkenalkan dengan seorang lelaki, yang baik pekertinya dan juga bagus imannya terhadap Allah SWT, saya bersetuju untuk menamatkan zaman bujang saya dengannya.
Pada mulanya, saya berasa sangat sukar untuk menyuaikan diri dengannya, dek kerana perkenalan yang singkat antara kami berdua, kami berasa sedikit janggal apabila bersama. Kami pun tak pernah bercinta. Kami cuba untuk mencintai satu sama lain selepas bernikah. Perkenalan sebelum bernikah membuatkan kami masih tidak kenal antara satu sama lain. Ini kerana, apabila kami duduk sebumbung, segala hal yang tak disangka pun baru dapat kami ketahui. Namun, dek kerana persefahaman yang baik antara kami berdua mampu membuatkan rumah tangga yang kami bina semakin terang bercahaya. Selepas berkahwin selama hampir setahun, hubungan kami diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata kami.
Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran kami, kami sudah berjaya mewujudkan perasaan cinta antara kami berdua. Sekarang, usia perkahwinan kami sudah pun hampir 5 tahun. Saya percaya, ramai antara mereka di luar sana yang mempunyai pengalaman seperti kami. Namun, nasihat saya disini, TERIMALAH SI DIA SEADANYA. Selagi ianya tidak melanggar batas-batas akidah, teruskan berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah SWT semoga rumah tangga yang dibina tanpa perasaan cinta pada awalnya itu mampu berkekalan hingga ke akhir hayat.
Dalam soal pemilihan jodoh, jangan terlalu kita meletakkan syarat yang spesifik. Kita sebenarnya menempatkan diri sebagaimana fungsi sebuah pakaian bagi pasangan kita, yang menutupi cela, melengkapi kekurangan, dan menjadikannya lebih indah dan sempurna.
Tiada manusia yang sempurna di muka bumi in. Bila ada kekurangan pada pasangan kita, kita hendaklah sabar dan berusaha untuk melengkapinya. Setiap manusia, sudah dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Kita tidak boleh membanding-bandingkan pasangan hidup kita dengan orang yang pernah kita kenali. Begitu juga dengan pasangan kita, mereka seharusnya menerima baik dan buruk diri kita. Oleh itu, dengan berfikiran seperti ini, maka, terhindarlah mereka dari kejadian seperti perceraian. Ini kerana, dengan memilih perceraian, belum tentu kita akan dikurniakan dengan pengganti yang lebih baik dari sebelumnya. Sedangkan, perceraian adalah perkara halal  yang sangat dibenci oleh Allah SWT.
Kongsi artikel ini: 

No comments:

Post a Comment