Monday, 17 April 2017

Gambar: BH PLUS
Mempunyai tekstur yang rangup di luar tetapi lembut di bahagian dalam serta isi udang yang segar sememangnya membuatkan orang ramai wajib memesan sepinggan dua cucur udang yang digoreng panas-panas ketika sampai di Restoran Sahul Hamid. 
Terletak di pekan lama Kepala Batas, Pulau Pinang, restoran ini telah beroperasi lebih enam dekad dan membuatkan ia antara lokasi tempat makan yang wajib dikunjungi oleh anda yang datang dari luar Pulau Pinang serta penduduk tempatan. 
Gambar: BH PLUS
Setiap set cucur udang mempunyai dua biji cucur udang, sekeping tauhu goreng dan sedikit timun. Menjadi kebiasaan di utara semenanjung Malaysia, cucur udang akan dicicah bersama kuah kacang. 
Ketika ditemui BH Plus, waris yang mengendalikan restoran ini, Shaikavaludin Shahrul Hamid memberitahu sehingga kini hanya dua menu makanan sahaja dikekalkan dari sejak beroperasi lebih 60 tahun yang lalu.
Gambar: BH PLUS
“Bermula menjual ais kepal, ibu dan bapa saya membuka gerai roti canai sebelum mampu mengubahnya kepada restoran seperti hari ini,” ujarnya ketika ditemui.


Mesra dikenali sebagai Din menceritakan, menu cucur udang dan roti canai telah mendapat permintaan yang tinggi sejak dahulu sehinggakan para pelanggan tidak jemu untuk datang ke restoran tersebut semata-mata untuk merasai hidangan tersebut. 

No comments:

Post a Comment