Tuesday, 21 February 2017

CARA MENDAPATKAN WANITA IDAMAN (Khas buat kaum lelaki)

"banyak halangan yang pasti anda akan lalui"
Kategori Artikel: 
Kongsi artikel ini: 
Cara, Mendapatkan, Wanita, Idaman
Setiap kaum lelaki pasti mahukan wanita idaman mereka untuk dijadikan teman hidup mereka sehingga ke akhir hayat kan? Kadang-kadang sampai terpaksa makan hati je bila tengok kawan-kawan semua dan kahwin, tapi anda masih lagi berusaha dalam mencari cinta sejati anda yang masih tak tahu siapalah si empunya diri kan? Namun, dalam mengejar wanita idaman anda, ianya bukan sesuatu perkara yang mudah, banyak halangan yang pasti anda akan lalui, bahkan setiap halangan itu ada yang membuatkan si lelaki berasa sangat sukar untuk mengejar wanita idaman mereka, lantas mereka memilih untuk berputus asa sahaja!
Jangan! Anda tak patut berputus asa, ini adalah salah satu usaha juga dalam mendapatkan wanita yang didambakan, kalau gagal sekali, tak bererti gagal selamanya, anda cuma kena berusaha sahaja. Berikut adalah antara cara untuk mendapatkan wanita idaman anda, jom baca ini:
Penampilan menarik
Tidak dinafikan setiap wanita pasti akan lebih suka pada lelaki yang mempunyai penampilan yang menarik. Penampilan sememangnya bukan hal yang paling utama, namun penampilan memainkan peranan penting untuk diperhatikan dimata setiap wanita, ini adalah kerana penampilan juga mencerminkan keperibadian seseorang itu, kalau penampilan sendiri pun tak terurus, maka secara automatik mereka sudah dapat membayangkan sifat keperibadian anda sendiri.
Kalau selepas baca point ini, anda sudah terdetik bahawa penampilan anda sendiri tidak menarik, ayuh ubahlah cara penampilan anda, lakukannnya setiap hari, supaya anda sendiri sudah terbiasa dengan gaya itu, seperti menjaga pakaian agar tetap rapi dan berbau harum, pastikan rambut juga sentiasa kemas. Dengan perubahan ini, nescaya anda juga akan berasa fresh dan mampu mengubah mood anda berbanding hari sebelumnya.
Tahu kesukaannya
Sekiranya anda sudah menaruh hati pada si wanita itu, sewajarnya anda sudah mengetahui tentang apa yang disukai wanita idamanmu itu, apabila anda sudah mengetahui tentang favouritenya, pasti ianya akan memudahkan anda dalam menambat hati si wanita itu.
Ianya bukan bermaksud hipokrit atau pura-pura, secara realitinya, jika anda sudah tahu akan kesukaan wanita itu, anda akan lebih mudah membuat ianya sebagai topik dalam pembicaraan, nescaya si dia akan perasan bahawa anda benar-benar berusaha mendapatkan hatinya. Anda pun akan jadi lebih bersemangat dalam usaha mendekatinya.
Segera bertindak
Jangan sesekali malu dalam menyampaikan hajat dihati anda kepada si wanita. Jangan hanya sekadar melihatnya dari jauh. Sanggupkah anda melihat orang yang anda cinta berbahagia disamping orang lain dek kerana anda yang tidak berani berusaha dalam menyampaikan hasrat anda? Tidak kan? Hentikan segala perasaan segan, takut, risau, malah, mulakan langkah yang seterusnya. Segeralah bertindak dan menunjukkan padanya bahawa anda menyukainya. Ingat, sekiranya anda hanya memendam, tidak ada sebarang manfaat pun kepada anda. Pastikan tindakan yang anda mahu berikan meninggalkan kesan positif kepada si dia.
Percaya pada diri sendiri
Sekiranya anda masih lagi dipenuhi dengan keraguan, dan rasa tidak percaya akan diri sendiri, pasti anda akan gagal dalam menyampaikan hajat di hati anda kepada si dia, apa yang perlu anda lakukan adalah percaya pada diri sendiri, anda mampu lakukannya. Oleh itu, kuatkan hatimu untuk berdepan dengan wanita idamanmu untuk mendapatkan hatinya.
Jangan terlalu serius
Jika anda ingin mendapatkan wanita idamanmu, jangan terlalu menunjukkan watak anda yang terlalu serius, kerana tidak ada wanita yang menyukai lelaki yang tidak ramah dan terlalu serius. Jadi, awasi percakapan anda semasa berbicara dengan si wanita.
Jadi pendengar yang baik
Seorang wanita sangat menyukai akan lelaki yang sudi mendengar masalah mereka, ini kerana wanita ini lebih suka bercerita berbanding mendengar. Wanita lebih gemar berkongsi isi hati kepada orang lain atau sekadar menceritakan tentang cerita hariannya. Maka, jika wanita idaman anda sudah mula bercerita panjang lebar kepada anda, ianya merupakan signal positif kepada anda. Dengan menjadi pendengar yang baik, anda akan menunjukkan ciri-ciri lelaki yang disukai wanita. Ambil langkah yang seterusnya.
Sekiranya anda sudah menaruh hati pada seseorang, ayuh buka langkah, lakukan sesuatu yang sewajarnya, tak ada lah anda sekadar berkelip mata sahaja apabila wanita yang anda cintai diambil orang. Namun, setiap tindakan dan perbuatan haruslah tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Kongsi artikel ini: 

No comments:

Post a Comment