Sunday, 15 January 2017

~ Bila anak pulang dari sekolah, apa yang perlu ibubapa tanya?
Copy dari FB Ustaz Fahrurazi 💓 Subulus As-Salam

1. Makan apa di sekolah?

- Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab ; bekal makanan tumpah, duit hilang.

- Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.

- Sangat aku galakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.

2. Beli apa disekolah?

- Ibubapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!

- Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam/meminta duit kawan.

- Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya 'diminta' oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibubapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?

3. Belajar apa hari ini?

- Penting soalan ini agar murid 'recall' balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian 'dipanaskan' oleh ibubapa dirumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanyalah!

4. Ada kerja rumah atau tidak?

- Soalan ini biasanya hampir semua ibubapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.

- Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Tolong periksa beg anak. Tolong?

- Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.

- Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.

- Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.

- Kalau perasan ada pertambahan alat tulis dan buku, soal anak siapa punya. Kembalikan semula kepada pemilik asal barang-barang itu. Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, 'kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan'.

- Ugutan ini walau nampak remeh, tapi sangat berkesan kat budak-budak. Aku tahulah, aku kan cikgu.

Soalan 6 : SOLAT Zohor & Asar? (Bagi anak yang sekolah sesi petang)

- Biar soalan itu menjadi kebiasaan pada anak-anak sehingga mereka akan terdorong untuk bersolat. Kerana seawal umur 7 tahun, mereka sudah perlu diberi faham tentang kewajipan solat.

Soalan 7 : Duit belanja ada BAKI? Berapa?

- Untuk mendidik mereka menabung setiap hari walaupun sedikit. Jangan biarkan mereka membawa lebihan duit ke sekolah pada keesokan harinya.

Soalan 8 (Pada hari jumaat) : Ada berSEDEKAH hari ni?

- Untuk mendidik mereka keberkatan sedekah itu. Mereka mengenali kawan2 yang serba kekurangan, dari sedikit duit belanja mereka pada hari Jumaat, ingatkan mereka untuk bersedekah.

- Anak-anak yang dididik dengan bersedekah menggunakan duit mereka sendiri, akan menjadi seorang yang lembut jiwa dan amat mengasihani orang yang susah.

- Dengan atuk dan uwan yang mereka kasihi pun mereka akan sedekah. 😘

Soalan 9 : Dah berSELAWAT untuk hari ini?

- Setiap hari, ibu bapa bagi mereka selawat yang mudah-mudah untuk mereka amalkan dengan bilangan yang bersesuaian dengan umur.

Soalan 10 : Minta maaf pada GURU jika ada buat salah, walaupun kesalahan kecil?

- Kasih GURU pada murid-murid adalah keredhaan dan keberkatan pada setiap ilmu yang dicurahkan. Kerana ia melibatkan hal ADAB dalam menuntut ilmu.

Soalan 11 : Apa KHIDMAT pada Guru hari ni?

- Mendidik mereka untuk berkhidmat pada GURU walaupun dengan bantuan-bantuan kecil seperti bawakan buku dan tolong angkat beg.

- Kesannya?

- Tuan Puan cuba lah dan lihat kesannya, Insya Allah.

#NurAlaNur 💕💫

#MFS
* Ibubapa, tanyalah anak!

No comments:

Post a Comment