Friday, 9 December 2016

Kisah Seram Di Asrama Lelaki

Kisah seram di asrama lelaki | Jarang sebenarnya kita nak mendengar tentang kejadian seram dan misteri di hostel atau di asrama lelaki ni. Biasenye mesti melibatkan asrama perempuan kan. Namun kali ini aku berpeluang untuk berkongsi dengan korang semua tentang kejadian yang menimpa Nizam (bukan nama sebenar) sewaktu beliau tinggal di asrama lelaki. Kisah seram ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh Nizam.

kisah seram di asrama

Kisah Seram Di Asrama Lelaki | Pengenalan

Salam admin.. Kisah seram di asrama ini berlaku masa aku tingkatan 1.. Aku bersekolah di Sekolah Agama di Gombak, Selangor…
Masa tu aku duduk di asrama lelaki.. Biasa la.. Bila dah duduk asrama ni macam-macam cerita seram dan versi pernah aku dengar berkenaan asrama lelaki yang aku duduk ni. Asrama ni ade  5 tingkat dimana dorm aku berada di tingkat atas sekali…
Kisah seram di asrama aku ni bermula pada suatu malam tu.. Aku dengan rakan-rakan aku hendak tidur.. Masa tu pukul 1 pagi.. Masa nak tidur tu, Aku terdengar ayam hutan berkokok.. Dan tiba² dinding belakang katil aku berbunyi macam dicakar.. Aku buat tak tahu dan berdiam diri sahaja.. Sambil dalam hati membaca ayat kursi.. Selepas itu, tiada apa² yang terjadi dan aku tidur lena sampi esok pagi…
Petang keesokan harinya tu, aku bertanya pada rakan aku yang duduk sebilik tu samada dia ada dengar bunyi apa² tak malam tadi.. Dan dia kata dia tak dengar apa² dan aku hanya berdiam diri sahaja tapa menceritakan bunyi yang menyeramkan malam semalam…

Kisah Seram Di Asrama Lelaki | Kemuncak

Malam kedua selepas kejadian tu.. Kali ini bukan aku seorang sahaja yang alami.. Tapi melibatkan satu dorm di asrama lelaki ni… Dorm kami tiba² elektrik trip… Dalam keadaan gelap tu aku dan rakan² dorm aku terasa macam angin bertiup masuk dalam dorm asrama lelaki tu dengan kuat.. Kami semua berasa pelik.. Dan salah seorang dari rakan aku cuba untuk menaikkan (meng ON) suis utama… Dan elektrik ada kembali.. Selang 2 minit lepas itu, elektrik trip balik..
Kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali pada malam tu.. Selepas kali keempat rakan aku kena tampar dari belakang dan dia mengadu kesakitan.. Kami yang melihat dia tibe² berasa panik… Dan menyangka dia terkene renjatan elektrik… Kami membawa dia keluar dari asrama lelaki tu menuju ke dewan. Di dewan kami mendapati terdapat kesan lembam pada tengkuk kawan yang ditampar dari belakang tadi tu… Kami semua terkejut dan berasa pelik dengan apa yang telah terjadi…
Aku bersama 3 orang rakan telah mengambil keputusan untuk kembali ke dorm asrama lelaki.. Sampai je kat dalam dorm, aku dengan rakan aku terus lari lintang pukang keluar dari dorm asrama lelaki kerana nampak “benda” tu bertenggek atas kipas… Kami berlari sampai lompat tangga tu.. Seliper pun ade yang sebelah lain sebelah lagi lain.. Sampai di bawah kami semua tercungap² dan memberitahu kejadian itu kepada rakan kami yg duduk di dewan…
Kami semua sepakat naik kembali ke dorm asrama lelaki tadi dan membaca ayat Kursi serta salah seorang dari kami azan.. Alhamdulillah selepas itu semua nye kembali seperti sedia kala…
Tapi kisah seram di asrama lelaki ni tak berakhir disitu.. Esok malamnye.. Aku sorang je pulak yang kene… Almari kat sebelah aku tibe² berbunyi dan pintu almari tu terbuka dengan sendirinya.. Aku berasa takut.. Aku berselimut hingga tutup muka…. Aku terasa kaki aku bagaikan ada orang yang tarik.. Aku tak dapat tidur sampai la esok pagi.. Tak berani aku nak tengok makhluk jenis apakah yang tarik kaki aku pada malam tu..

Kisah Seram Di Asrama Lelaki | Penutup Cerita

Selalunya di asrama lelaki aku ni mengadakan solat subuh berjemaah… Aku tidak pergi selama 3 kali dan akhirnye aku dibuang asrama…. Aku tak pergi ada sebab… Sebabnye aku tak cukup tidur akibat diganggu oleh “benda” tu… Kejadian yang menimpa aku ni benar² menyeramkan aku.. Dan aku tak nak duduk di asrama lelaki lagi… Akhirnya selepas kene buang asrama aku sekolah dekat dengan rumah aku…. Sekian….
Terima kasih Nizam kerana berkongsi kisah seram di asrama lelaki ini. Begitulah kisah hidup pelajar di asrama kan.. Macam² perkara yang dapat kita rasakan bila tinggal di asrama bersama rakan².. Aku juga dulu pernah tinggal di asrama lelaki.. Semoga berjumpa lagi di kisah seram yang akan datang..
p/s : kalau ada cerita seram jangan la di simpan sorang²… mari la berkongsi dengan kawan² yang lain dengan menghantar kisah seram korang ke admin@sharafie.net

No comments:

Post a Comment