Monday, 14 November 2016

NOTIS PERINGATAN FENOMENA AIR PASANG BESAR DAN MUSIM TENGKUJUH DI PULAU PINANG

Berdasarkan ramalan oleh agensi-agensi bertanggungjawab, fenomena Air Pasang Besar dijangka akan berlaku sekali lagi mulai 14 hingga 21 November 2016 dengan paras air tertinggi antara 2.8 meter hingga 3.1 meter dan Musim Tengkujuh telah bermula sejak 10 hb November spt yg keluarkan oleh MOSTI baru-baru ini.

Kawasan-kawasan Berisiko Banjir kabarangkalian berlaku di beberapa daerah mengikut pengalaman kejadian yg lalu tetapi dalam kadar biasa dan bkn extreme ....

Kawasan berisiko Air pasang besar (Tanpa hujan lebat)

1. Daerah SPU
- Kuala Muda, Penaga
- Pantai Bersih
- Teluk Air Tawar
- Lahar Yooi

2. Daerah SPT
- Kg. Manis
- Kg. Manggis

2. Daerah SPS
- Sg. Udang
- Sg Kechil

Kawasan air pasang besar (Dengan hujan lebat)

1. Daerah SPU
- Kuala Muda
- Kg. Contoh, Pantai Bersih
- Kg. Kuala Bekah, Telok Air Tawar
- Kg. Tok Sani
- Kg. Teluk, Sg. Dua
- Mak Mandin
- Taman Bagan
- Thamby Kechik
- Ong Yi How

2. Daerah SPT
- Kg. Permatang Manggis
- Permatang Rawa, Bukit Mertajam
- Taman Sentul, Juru
- Kuala Juru
- Kg. Tun Saadon, Penanti
- Kg. Petani, Penanti
- Taman Guru, Tanah Liat
- Taman Impian/Impian Jaya
- Machang Bubok
- Permatang Tinggi
- Padang Lallang

3. Daerah SPS
- Kg Teluk Upil, Sg Udang
- Kg. Dato Keramat
- Kg. Seethu, Jawi
- Sg Kechil
- Pekan NT

Kerjasama pihak pihak terutama Ketua-ketua Komuniti & Ketua-ketua Jabatan/Agensi berkaitan amat diharapkan untuk mengambil langkah-langkah awal seperti berikut :

i. Menasihati penduduk agar menyimpan dan menempatkan dokumen-dokumen penting yang mudah dicapai untuk dibawa ke tempat yang selamat;

ii. Memaklumkan kepada ketua isi rumah supaya berpindah ke pusat pemindahan yang ditetapkan apabila diarah;

iii. Ketua-ketua Jabatan peringkat daerah hendaklah sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya keadaan memerlukan;

iv. Ketua Komuniti (Ketua Kampung) diminta memaklumkan kepada Sekretariat JPBN dan JPBD bagi melaksanakan proses pemindahan;

v. APM dengan kerjasama pihak JKKKP/N diminta untuk membuat rondaan pemantauan ( setiap 4 jam ) di kawasan-kawasan berisiko mulai 14 November 2016 dan dr masa ke masa.

vi. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah hendaklah bersedia untuk membuka pusat pemindahan mulai 14 November 2016 sekiranya keadaan memerlukan.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar negeri dan daerah daerah kita dijauhi daripada bencana yg tdk diingini dr berlaku....aaamiiin

Sekian. Terima kasih.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment