Thursday, 3 November 2016

Nilai duit kertas akan susut nilainya dari hari ke hari. Simpanan yang anda perlukan untuk kegunaan masa hadapan mungkin juga tiada nilainya berbanding mereka yang menyimpan emas. Untuk memudahkan anda faham erti kata sebenar adalah berdasarkan contoh

Pada tahun 1950an,

1 Dinar emas (4.25gram) = Seekor kambing = RM 50

Kini,
1 Dinar emas (4.25gram) = Seekor kambing = RM 700

Nampakkah anda betapa nilai duit kertas yang anda miliki menyusut.

Dulu kita hanya ke sekolah dengan wang saku 50 sen sahaja dan mampu membeli makanan apa sahaja yg kita mahu.Tapi hari ni mahu ke anak-anak kita diberi dengan nilai wang saku yang sama? Dah tentu jawapannya TIDAK!

untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:

Nilai jangka panjang terjamin
Mudah dicairkan – emas adalah tunai
Kekayaan di tangan kita
Boleh dijadikan modal pusingan
Ia aset mudah alih – mobile
Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)
Aset fizikal mampu milik

No comments:

Post a Comment