Friday, 4 November 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

JEMAAH2 YG DIKASIHI ALLAH, Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar NABI saw, ahli keluarga dan para sahabat2nya.

Yaa ALLAH, Yaa RABB kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Yaa ALLAH.


Yaa ALLAH kami bersyukur dengan rezeki yang kami terima setakat ini dan jadikanlah kami kaya dengan kesabaran, kaya dengan IMAN, TAQWA, IKHLAS kaya dengan budi pekerti, kaya dengan TAQWA dan kaya dengan HATI yang suci dan bersih.

Yaa ALLAH kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Mu dan berilah kepada kami keselamatan dunia dan akhirat.

Yaa ALLAH ampunlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa anak istri kami, sahabat dan jiran kami, guru-guru kami, seluruh ahli keluarga kami, saudara mara kami dan seluruh umat ISLAM.

Yaa ALLAH tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar. Yaa ALLAH jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada MU.

Yaa ALLAH jadikanlah kami INSAN yang KAMIL sentiasa mencintai Mu Yaa ALLAH.

Yaa ALLAH, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal IBADAH yang diterima Mu.

Yaa ALLAH, Yaa RABB tlg beri keikhlasan HATI untuk mencari mempelajari ILMU
Mu. Tetapkan NIAT dihati kami agar apa yang kami lakukan adalah semata mata mencari REDHO muu.

Yaa ALLAH, hidupkan ZIKIR NAFAS, QALBU, ROH, AKAL kami tetap SHAHADAH pd muu tanpa SYIRIQ.

Yaa ALLAH kami mohon kepada Mu Yaa ALLAH bantulah  kami Yaa ALLAH, peliharalah kesihatan kami, berikanlah ketenangan JIWA kepada kami, jauhilah kami daripada perasaan resah, marah, gelisah, lalai.

Yaa ALLAH Yaa RABB kami, berilah kami kejayaan dan semoga kejayaan itu menjadi pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang SOLEH dan menghampirkan diri kami kepada Mu Yaa ALLAH.

Yaa ALLAH perbaikilah akhlak  kami jadikanlah kami umatMu yang mempunyai sahsiah diri yang baik.

Yaa ALLAH, jadikanlah zuriat kami UMAT Mu yang SOLEH,  Yaa ALLAH jadikanlah mereka ahli SYURGA muu dan dipelihara dari AZAB muu.

Yaa ALLAH jadikanlah HATI, RUH, HIDUP km CINTA pd muu Yaa ALLAH, NABI saw, AHLULBHAIT, AULIA2 muu juga SESAMA JEMAAH2 km dgn penuh IKHLAS.

Yaa ALLAH janganlah Engkau melalaikan
km dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Yaa ALLAH.

Yaa ALLAH Yaa RABB perkenankanlah DOA dan HAJAT kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah RABB kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha mengkabulkan DOA dan HAJAT kami ini.

Yaa ALLAH jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini Yaa ALLAH siapa lagi yang akan membantu memakbulkannya. Jika Engkau tidak mendengar DOA kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya Yaa ALLAH.

Wahai RABB yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan pandang kami..dgn belas IHSAN muu

Yaa ALLAH selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Yaa ALLAH tempat sebaik2 perlindungan.
           
Yaa ALLAH kami memohon Yaa RABB kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Yaa RABB
Yaa ALLAH Yaa GHAFAR ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian mukminin mukminat di mana saja mereka berada.

Alfaqir Ust HjTahir Syazuli

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

No comments:

Post a Comment