Monday, 10 October 2016

*Mencuri wang anak sendiri*

*Airmata Rasulullah saw minitis kerana kejadian ini..

*Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw mengadukan hal ayahnya yang menggunakan wang miliknya tanpa meminta izin terlebih dulu darinya..!*

*Rasulullah saw memanggil ayah orang itu ke hadapan Baginda. Ketika lelaki itu datang dengan tertatih-tatih bersandar pada tongkatnya, Rasulullah saw bertanya..!*

*“Betulkah kau mengambil wang anakmu tanpa seizinnya..?”*

Sambil menangis lelaki itu berkata,

*“Wahai Nabi Allah..! Ketika aku kuat dan anakku lemah..! Ketika aku kaya dan dia miskin..! Aku tidak membelanjakan wangku kecuali untuk memberi makan kepadanya..!"*

*"Bahkan terkadang aku membiarkan diriku kelaparan asalkan dia makan..!"*

*"Sekarang aku telah tua dan lemah, sementara anakku tumbuh kuat. Aku telah jatuh miskin sementara anakku menjadi kaya. Dia menyembunyikan wangnya dariku..!"*

*"Dahulu aku menyediakan makan untuknya..! Tapi sekarang dia hanya menyiapkan makan untuk dirinya. Aku tak pernah buat seperti dia buat pada aku sekarang..!"*

*"Jika saja aku masih sekuat dulu, aku tetap akan merelakan wangku untuk dia..!"*

*Ketika mendengar hal ini, airmata Rasulullah saw jatuh berlinangan seperti untaian mutiara menimpa janggutnya yang suci..!*

Maka Rasulullah saw pun dikatakan berkata,

*“Baiklah..! Habiskan seluruh wang anakmu sekehendak hatimu. Wang itu milikmu..!"

*Saudara-saudaraku,*

*Apakah orangtua anda masih hidup..? Mungkin kesempatan anda untuk berbakti kepada mereka tidak begitu lama lagi.*

*Sangat dianjurkan bagi anda yang tinggal jauh dari orangtua, pulanglah.*

*Temuilah dan pandang wajah mereka dengan penuh cinta yang tulus, kerana boleh jadi wajah itu tidak lama lagi akan menghilang dari pandangan anda untuk selama-lamanya..!*

*KESEMPATAN KAMU UNTUK BERBAKTI KEPADANYA TIDAK BEGITU LAMA LAGI*

*P U L A N G L A H*
*D A N  P A N D A N G L A H*
*W A J A H  M E R E K A  D E N G A N*
*K A S I H  S A Y A N G  D A N  I K H L A S*

*Wajah itu akan menghilang dari pandangan kamu buat selama-lamanya tak lama lagi.*

No comments:

Post a Comment