Monday, 31 October 2016

Kalau nak layan bolasepak tempatan, minda kita harus diprogramkan utk menikmati realiti level pertandingan ini. Sama juga kalau tonton liga 7 sebelah yg dimainkan di estate2 & kampong2,,takkan expectation kita utk tengok skill permainan mereka mcm liga English? Kalau gagal programkan minda,,jgn dedahkan kecacatan minda sendiri. Jgn kutuk2 menyatakan spt:

"Ek elehh, setakat main mcm tahap budak skolah jer pon..."

Memang kualiti permainan Liga Eropah dgn liga kita mcm langit & bumi,,tapi tujuan kita layan perkara ni adalah berbeza. Layan liga luar utk nikmati permainan bolasepak bermutu tinggi,  unsur hiburan. Sebaliknya, menyokong pasukan2 tempatan/negeri,,bagai diresapi semangat patriotik yg kuat akibat semangat kenegerian. Umpama pergi berperang pertahankan maruah negeri.

Lebih baik berdiam diri drp berkata2 dgn tujuan menyakiti hati orang lain. Menang/kalah, tunjukkan semangat kesukanan yg tinggi.

Syabas penyokong2 Kedah. Tak syak lagi, hangpa adalah penyokong paling sempoi & terbaik.

No comments:

Post a Comment