Friday, 29 July 2016

*SIARAN MEDIA*
JALAN KULIM, BUKIT MERTAJAM DITUTUP SEMPENA PERAYAAN ST ANNE.

Beberapa batang jalan akan ditutup selama dua hari mulai 30 hingga 31 Julai 2016 sempena perayaan St Anne di Gereja St Anne, Bukit Mertajam yang dijangka dihadiri kira-kira 100,000 orang penganut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, penutupan jalan melibatkan lencongan persimpangan lampu isyarat Taman Bandaraya (dari arah Kulim), Jalan Bukit Indah/Jalan Sepakat dan lencongan ke Jalan Kampung Baru (Jalan Kulim dari arah Bukit Mertajam).

Jalan akan ditutup bermula pukul 2 petang pada 30 Julai 2016 (Sabtu ) hingga 6 petang pada 31Julai 2016 (Ahad).

Pengguna yang datang dari Kulim menuju Butterworth dinasihat supaya menggunakan Jalan Rodzhan, Jalan Bukit Tengah dan Lebuhraya Utara-Selatan.

Pengguna juga boleh menggunakan Jalan Kulim, Sungai Lembu, Kubang Semang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim Ekpressway (BKE).

Dari arah Butterworth menuju Kulim pula, pengguna disaran menggunakan Lebuhraya BKE atau Lebuhraya Utara-Selatan menuju Bukit Tengah dan Jalan Rodzhan untuk ke Jalan Kulim.

No comments:

Post a Comment