Thursday, 28 July 2016

ORANG YANG BERIMAN DENGAN SEBENAR-BENARNYA

Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Anfal ayat 2-4:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka, dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).”

Berdasarkan ayat ini, Allah S.W.T meletakkan lima perkara untuk menjelaskan keimanan seseorang iaitu :

(1) mereka yang apabila di sebut nama Allah, maka gementar hatinya;
(2) mereka yang apabila dibacakan ayat-ayat Allah, maka semakin bertambah imannya;
(3) mereka yang sentiasa menyerah diri kepada Allah;
(4) mereka yang mendirikan solat dan taat kepada segala perintah dan larangan Allah;
(5) mereka yang apabila dikurniakan rezeki, maka dibelanjakannya di jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment