Friday, 8 July 2016

Jika benar syarikat-syarikat teksi dan persatuan-persatuan teksi prihatin kepada pemandu-pemandu teksi, sila tolong bayarkan denda RM2000 itu. Adakah sanggup kita melihat rakan kita dipenjarakan?

Kedua, sudah tentu SPAD akan menarik kad pemandu kedua-dua rakan kita itu. Apakah syarikat-syarikat teksi dan persatuan-persatuan teksi akan membantu mereka mencari pendapatan lain?

Adakah pemandu-pemandu teksi hanya menjadi bidak (pawn) didalam percaturan bisnis diantara syarikat-syarikat teksi? Peduli apa mereka kalau beberapa pemandu teksi masuk penjara!!!

Aksi-aksi protes dan pertengkaran dengan pemandu-pemandu Uber/Grab tidak sama sekali menguntungkan pemandu-pemandu teksi. Kita tidak boleh berharap aksi-aksi itu menpengaruhi ahli politik. Jumlah undi pemandu-pemandu teksi terlalu sedikit berbanding jumlah undi pengguna-pengguna. Buat masa ini pengguna-pengguna lebih memilih kepada perkhidmatan Uber/Grab (sila lihat hasil kajian online SPAD).Maka suara pengguna lebih diperhatikan oleh SPAD dan kerajaan. Ini adalah realiti politik negara kita.

Aksi-aksi tersebut hanya menyebabkan imej pemandu-pemandu teksi dianggap seperti gengster oleh pengguna. Mungkin sudah tiba masanya supaya industri teksi bekerjasama memulihkan semula imej yang sudah tercalar itu.

No comments:

Post a Comment