Wednesday, 20 July 2016

Cerita ustaz n usrzh...         *Untuk kakitangan Kjaan jea...*

Ini cerita sepasang pengantin baru yang  bekerja sebagai ustaz dan ustazah di sebuah sekolah di Sg Petani. Mereka selalu bersama walau kemana jua. Suatu petang   minggu, ketika mereka berdua keluar bersiar2......

Ustaz : "Kita nak kemana nie?"
Ustazah : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Ustaz : "Apa kata kalau kita ke Pantai Merdeka?
Ustazah : "Saya ok aje.."

Apabila sampai di Pantai Merdeka, mereka berdua tidak keluar dari kereta. Oleh kerana mereka tk pernah dating berdua2an sebelum bernikah jadi mereka nk merasa nikmat  mmbuat dating. Mula2 mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta. Mulanya berbual biasa, lama-kelamaan, Ustaz meletakkan tangannya di paha Ustazah. Nampaknya Ustazah tidak membantah. Beberapa minit kemudian, Ustaz mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas, Ustazah masih tidak membantah, hinggalah akhirnya ketika Ustaz mengerakkan tangannya beberapa inci lagi..... Ustazah berkata dengan sopan:

"Abang, ingatlah pada *Pekeliling Perkhidmatan Nombor 1, Muka Surat 3, Perenggan 5".*

Setelah mendengarkan teguran Ustazah itu, Ustaz terus menarik tangannya menjauhi Ustazah, walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat Pekeliling Perkhidmatan itu.

Ustaz : "Maafkan saya."
Ustazah : "Tak apa."

Lalu mereka pulang. Di rumah, Ustaz terus masuk ke bilik dan membuka *Pekeliling Perkhidmatan Nombor 1, lalu mencari Perenggan 5 di Muka Surat 3,* dan membaca:

"Apabila kamu memulakan sesuatu pekerjaan, teruskan usahamu; jangan lakukan separuh jalan sahaja.."

Moral: Jangan buang Pekeliling Perkhidmatan; rajin-rajinlah membacanya......

😝😝😝😝😝😝😝
Kakitangan awam yg masih bkerja wajib baca kcuali yg dah pencen.

No comments:

Post a Comment