Tuesday 17 May 2016

Sunday, April 15, 2012

kisah seram disebalik filem battleship

setiap kali hujung minggu, biasanya aku akan meluangkan masa bersama rakan-rakan.. ya lah, orang bujang katakan.. minggu ini aku dan rakan-rakan telah merancang untuk menonton filem 'battleship' di panggung wayang.. dengar ura-ura, filem ini memang sangat menarik dan tidak membosankan untuk ditonton.. tambahan pula ramai yang memuji filem ini di facebook dan juga twitter membuatkan aku tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton filem ini di skrin gergasi panggung wayang..


dipendekkan cerita, semalam kami telah menempah tiket pukul 11:45 malam.. jadi masing-masing telah sepakat untuk berkumpul di kedai makan berhampiran dengan lokasi panggung wayang itu lebih awal agar tidak berlaku sebarang kesulitan.. aku sampai ke destinasi bersama 2 orang rakanku yang lain bernama didie dan din menaiki satu kereta.. didie adalah seorang lelaki yang sangat kacak bergaya, macho, maskulin dan berhemah tinggi.. din pula adalah seorang lelaki yang sangat berseni dan stylo dengan penampilannya..

setelah membuat pesanan makanan dikedai makan tersebut, ada lagi 2 3 orang rakan yang lain tiba.. jadi penuhlah aktiviti bualan kami dengan gelak tawa sementara menunggu rakan yang lain pula tiba semuanya.. dalam masa berbual dan bergelak ketawa tu, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi apabila menerima SMS dari teman wanita aku.. pesanannya lebih kurang begini..

awak.. saya mengantuk dah ni, jap lagi awak balik pukul berapa? awak jangan nakal-nakal pandang perempuan lain tau 

sebagai seorang lelaki yang sedang bercinta, aku sangat faham bila perempuan nak tidur ni biasanya masa tu lah dia nak kita manjakan dia.. suasana menjadi sunyi seketika.. mungkin kerana aku terlalu fokus untuk membalas SMS teman wanita aku.. aku juga turut merasa seperti ada aura aneh dan luar biasa disekeliling aku.. aku tidak mengendahkan perasaan itu.. aku terus menulis dan membalas SMS, pesanannya lebih kurang begini :

awak tidur lah dulu.. japgi saya balik saya SMS awak ya sayang.. awak pejam mata, bayang saya kat sebelah awak.. saya nyanyi lullaby mendayu-dayu kat awak.. awak jangan risau tau, saya sayang awak sorang ja.. saya takkan gatal-gatal tengok perempuan lain punya lah! janji.. saya sayang awak.. muah!!

apabila butang 'send' ditekan, semakin aura kegelapan itu menyelubungi diri aku.. secara tiba-tiba didie tersenyum sinis dan bertanya kepada aku "wei, hang hantaq message apa kat aku ni".. terus berderau darah aku dan degupan jantungku menjadi laju.. rupanya aku tersalah send SMS.. nak hantar kepada teman wanita, tetapi TERhantar kepada didie yang betul-betul duduk dikerusi sebelahku..

p/s : part aku kata didie macho kacak semua tu sekadar nak ambik hati dia ja.. dia cakap dia dah printscreen SMS aku untuk di upload ke facebook.. sepanjang malam aku jadi 'bahan' untuk ditertawakan.. seram kan? okbai

46 comments:

  1. hahahaaa! kesian abang...kal0 saya jadi didie, k0mpem saya gelak time tu jugak!
    Reply
  2. mesti kelua aura ngeri kan
    Reply
  3. next time kne hati2 laaa nk send msg..
    segan kot kawan bce ..haha
    Reply
  4. kahkahkah. naya bhai kalau di uploadnya gambor sms lu

    kahkah
    Reply
  5. gila geli ayat hang kreyon.. tak sangka aku hang rumantik... ka pleboii?
    Reply
  6. meremang bulu roma aku bace
    Reply
  7. alaaaaaa......da ade gf ghupenye.huh.
    Reply
  8. mohon tubelawak buat entri tips jiwang..
    Reply
  9. balasan dosa sebab ko kuat bahan org hahahahha
    Reply
  10. Ander,awat ayat yg hg state kt situ lain dgn printscreen aku? Tak baik tipuuuuu tauuuu...
    Reply
  11. Mr.blogger d atas sgt 'sOo sweeettt'..saya suka suka suka.!!
    Reply
  12. muah kat awak jugak.

    LOL~
    Reply
  13. ok part tu mmg seram!
    Reply
  14. sedang tunggu printscreen tersebut terpapar di pesbuk..didie sila upload segera..aahahaha!
    Reply
  15. butuh ang... x lawak pn
    Reply
  16. geli untuk lelaki. sweet untuk wanita.
    btul btul btul..... kah kah kah
    Reply
  17. yang nie klakar...hahaha
    Reply
  18. ini pengalaman bercinta yg rare, awek SMS dua baris, balak balas 4 baris. sweet nye!

    aku plak sms sebaris, dia langsung tak balas2. mati sembelit agaknye baca sms aku. tubelawak, kasi entri tips camne nk crk balak baru yg umur panjang skit...bg sempat jd laki
    Reply
  19. BLOGGER PALING SIAL DAN PUKIMAK PERNAH AKU JUMPA KO NI.
    Reply
  20. Wakakakaka!! Check la dlu bro.. Eee, msti geli geleman mmber kat sbelah, wakaka!
    Reply
  21. Pas tengok movie pilih jalan sunyi.. Perg baru berkesan hehehe
    Reply
  22. salah hantar ke? ke sengaja hantar kat didie? nak try lettew. untunglah ada awek, balak pun dapat. untunglah.
    Reply
  23. I LOVE YOU
    Reply
  24. haha sakit perut aku tahan gelak...tapi romantiknya hang....so sweeettttttt
    Reply
  25. hahahahaha...seram lah sgt...awat boleh tersalah lagu tu...
    Reply
  26. Saya akan upload printscreen soon. Ander,jgn igt hang payung duit farking aku akan pejam mata. Tidak sama sekali. -DdShinoda-
    Reply
  27. DdShinoda --» upload la.i dare u..

    -saya yg m'cintai en.crayon-

    Sweet dak?

    Hahahaha.!
    Reply
  28. hai awak .
    Boleh aja tak cara printscreen sms ?
    Reply
  29. hahaha...comfem tebal muka 14 inci..hihihi =p
    Reply
  30. Hoho..seramnye!!!!!!!hahaha
    Reply
  31. hehee.. aku penah gak tersalah sent msg. nk anta kt boipren (dolu2 masa tgh cintan cintun) teranto kt abg ipar. sib baik just type "aslmkm, tgh wat pe?" ko byg kalo aku ter'romantik' lak time tu cm ko. heheee..
    Reply
  32. msa couple pnuh text taip msg, nnt dah kawin .. satu pktaan je ...."ok" hihihi
    Reply
  33. hahahah gile seram
    memang bahan kaw-kaw nieee
    leyh jdi bhan wat kek dah hahah
    Reply
  34. Memang kena dgn gepren le pastu.. hewhewhew.. sweet.
    Reply
  35. kunjungan gan .,.
    Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.
    Reply
  36. cmna plak tersalah send??..selalunya org reply msj terus auto no sender..musykil ni..
    Reply
  37. best cite lu bro.. hahaha gelak sakan aku.. hahaha
    Reply


No comments:

Post a Comment