Tuesday, 17 May 2016

KEJADIAN SERAM DI SEBALIK PENGAMBARAN FILEM PILOT CAFE

 24.4.15  Suria Lekatlekit  4 Comments
Asal ada seram je tak kira la kisah pasal apapun tetap aku nak share dalam blog puaka lekat lekit ni. Semua orang tahu & sedang jadi kontroversi satu babak intim antara Izara Aisyah & Remy Ishak (boipren kepada blogger Cik Bambam ) celah batu dalam laut. Katanya ada berlaku satu kejadian yang agak menakutkan la semasa depa melakokan babak tu.


Menurut cerita hero filem tu Remy Ishak.. semasa babak tu di lakokan, keadaan ombak sangat menakutkan. Setiap ombak yang datang seolah olah nak telan semua yang terlibat dalam pengambaran masa tu. Seolah olah menunjukkan kemarahan pada perlakuan maksiat even berlakon sekalipun. Kata remy sampai sekarang tapak kaki dia masih ada kesan berlubang yang dia dapat masa melakokan babak tu. tepijak batu karang kot sebab katanya kat dasar laut banyak batu karang.

Tu la kan.. Alam pun tak bersetuju dengan perlakuan maksiat. Hope perkara ni jadi iktibar kepada penggiat2 seni tanahair. Kalau filem tu best tak payah jadikan adegan romen2 tu pelaris pun orang pergi tengok jugak. So,adegan intim macam tu belum tentu box office sesebuah filem. Tapi aku harap cerita ni bukan sekadar nak lariskan tiket wayang jer. Hope ada keikhlasan untuk di jadikan iktibar pada orang lain. Jangan sekadar untuk mensensasikan cerita untuk meraih publisiti.

Walau dia share pengalaman seram & menakutkan macam tu pun aku tetap tak terdetik nak tengok filem ni. Nak buat macam mana taste aku masih filem seram. Filem cinta romen2 kat laut ni tak berjaya menaikkan nafsu serakah aku untuk menonton.hahahaha

Moral of the story jangan beromen dalam laut.. Ombak pun jijik nak tengok. Peace!

Sumber : Beautifulnara

No comments:

Post a Comment