Kisah Seram Misteri Hotel Sungai Petani
Aku ni sebenarnya tak tahu sama ada aku ni "sensitive" atau tidak.. Selalunya, aku boleh merasakan kehadiran makhluk halus yang tidak diundang disekeliling aku, terutamanya di tempat baru. Kawan-kawan aku selalu suka membawa aku pergi ke tempat yang mereka ingin lawati terlebih dahulu sebelum mereka membuat tempahan kat hotel yang mereka ingin sewa. Mereka mahu melihat sama ada tempat tu ok atau tidak.
Pengalaman seram yang sememangnya tak dapat ku lupakan selagi aku masih bernyawa ni adalah pengalaman yang ku alami di sebuah hotel di sebuah pekan kecil di utara semenanjung.
Kali pertama aku menjejakkan kaki di pekan itu adalah pada tahun 1998. Aku suka akan kehijauan dan kedamaian pekan tersebut, tetapi bukan hotel yang aku diami. Kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan hotel tersebut, perasaan sayu, cemas, gerun, takut dan sedih menusuk di dalam sanubari aku. Aku ingat kan mungkin keadaan masa itu, (aku sampai kat hotel dalam pukul 6:30 petang) dan aku buat tak tahu je.
Aku ditempatkan disebuah bilik terakhir di block baru. Bila aku masuk, aku dapati bilik itu seperti sudah lama tak didiami, terlalu dipenuhi habuk dan terdapat sawang di siling. Di dalam bilik itu, aku rasa seperti aku diperhatikan. Aku pun ikat langsir dan aku dapati bilik aku mengadap pokok sukun yang sederhana besarnya. Mengikut kata orang-orang tua, pokok sukun nie ada hantu yang suka menumpang. Aku pun segera meminta pihak hotel menukar bilik aku dan alhamdulillah, mereka memenuhi permintaan aku. Aku tinggal di hotel itu selama lebih kurang dua minggu tanpa ada sebarang gangguan.
Kali kedua aku ke pekan itu, aku ditempatkan di hotel yang sama. Tempoh kali ini adalah lebih panjang, lebih kurang dua bulan setengah. Aku telah ditempatkan di bilik tidak jauh dari bilik lama dulu. Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Keadaan menjadi sebaliknya apabila masuk minggu ke dua. Aku terjaga setiap malam pada pukul 2 pagi dan tidak boleh melelapkan mata sehinggalah pukul 6 pagi. Bayangkan keadaan aku ketika itu, tanpa tidur yang cukup dan terpaksa ke pejabat keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment