Sunday, 1 May 2016

Kenapa Pelajar Perempuan Selalu Di Tindih Lembaga Hitam

Kenapa Pelajar Perempuan Selalu Di Tindih Lembaga Hitam, begitulah tajuk cerita seram kali ni. Kisah seram penuh misteri ni telah dikongsikan oleh Anis (bukan nama sebenar) bekas pelajar UiTM Shah Alam. Kisah ini merupakan kisah benar di mana beliau telah di ganggu oleh lembaga hitam dan di tindih oleh lembaga tersebut beberapa kali semasa tidurnya. Bukan itu sahaja malahan keluarga Anis dan rakan terdekatnya juga mengalami gangguan misteri ni. Kanapa ia boleh terjadi sebegini rupa? Jom kita baca kisah selanjutnya yang penuh episod yang seram. 
Tahun 2006, saya melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Semester pertama saya duduk di kolej. Masuk semester ke-2 saya berpindah ke rumah sewa. Sewaktu duduk rumah sewa ni saya dapat kenal dengan ramai kawan baru. Salah seorang nama dia Elly. Satu hari saya teman Elly jumpa dengan kawan dia. Beberapa hari lepas tu Elly beritahu saya yang kawan dia nak kenal dengan saya. Saya cuba berkenalan dengan dia dan makin lama makin rapat. Akhirnya dia approach saya untuk jadi girlfriend dia.

Boyfriend Si Pengamal Ilmu Hitam Gangguan Lembaga Hitam

di tindih lembaga hitamAwal² berkawan memang semuanya ok. Tapi lama² banyak benda yang dia tipu saya terkantoi. Banyak kali juga lah bersabar dan cuba maafkan dia. Sewaktu tahun baru 2009, dia cakap dia nak tinggalkan saya selama sebulan sebab nak berguru dengan pakcik dia. Pakcik dia memang berkebolehan dalam benda² yang pada saya syirik ni. Sebulan tu memang saya menangis hari² dan call dia pujuk jangan buat saya macam tu. Tapi makin lama makin ok. Genap sebulan, dia cari saya semula. Saya pun terima balik macam biasa. Entah macam mana, terkantoi rupa-rupanya selama sebulan dia tinggal saya sebab dia tengah cuba buat ex-girlfriend dia balik pada dia dengan cara yang tak elok. Bila saya tau, saya diam kan je. Sambil tu saya kuatkan hati untuk cari orang lain.
Lepas 5 bulan, akhirnya saya dapat juga lepaskan dia. Saya berkawan dengan seorang kenalan yang memang banyak bantu saya lupakan boyfriend saya masa tu. Kalau dulu saya yang selalu merayu-rayu tapi bila saya yang buat keputusan nak putus, dia merayu pada saya macam orang tak betul. Hari² datang rumah sewa saya sampai tak nak pergi kerja. Selalu dia datang, dia bawa makanan kesukaan saya. Saya pun makan je lah sebab memang tak pernah fikir lain. Selama 3 bulan berlarutan macam tu. Dalam masa 3 bulan tu, saya selalu perasan macam ada lembaga hitam yang perhatikan saya dalam rumah. Kawan² saya pun perasan juga. Masa tu juga, ex-boyfriend saya tu boleh tau apa saya buat dan mana saya pergi padahal saya memang tak pernah beritahu dia pun.
Tiba², ada 1 hari ingatan saya memang asyik teringat dekat ex saya dan saya sampai terlupa kat boyfriend saya masa tu. Sampailah saya mesej boyfriend saya minta break dan pergi merayu semula dekat ex saya. Saya punya tahap merayu sampai saya sanggup meniarap cium kaki dia. Family saya terpaksa ambil saya bawa pulang ke kampung. Masa tu keadaan saya memang teruk. Kurus kering, tak mandi dan tak terurus. Keluarga bawa jumpa ustaz untuk pulih kan semangat. Rupa-rupanya ustaz beritahu ada orang memang ada buat sesuatu pada saya supaya saya tak boleh lupakan dia. 3 tempat saya pergi berubat barulah ok.

Gangguan Di Tindih Lembaga Hitam Semasa Tidur

Tapi sampai sekarang, ke mana pun saya pergi mesti ada gangguan. Setiap kali tidur, mesti kena tindih sampai 3 4 kali. Dengar suara orang lelaki bisik kat telinga saya. Rasa macam ada orang naik ke katil. Bila saya balik kampung mesti ada gangguan berlaku kat family saya. Pernah sekali baru² ni, sewaktu saya ada di kampung, adik ternampak perempuan rambut panjang jengah dia dari tingkap bilik belakang. Saya tak pasti apa yang terjadi pada saya sekarang, tapi dah jadi terbiasa. Kawan², family dan boyfriend yang sekarang pun dah faham sangat. Semoga dapat jadi iktibar pada semua.
-The End-
Begitulah cerita seram kisah benar yang telah di alami oleh Anis seorang bekas pelajar UiTM Shah Alam. Daripada penghayatan aku, Anis ni dah terkena ilmu pengasih boyfriend dia. Semoga Anis terus kuatkan semangat. Yakinlah pada Allah. Setiap sesuatu masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Kita ni sebagai manusia ni jangan la bertuhankan syaitan. Lebih² lagi lelaki. Jangan sampai sanggup menggunakan ilmu hitam atau ilmu pengasih untuk mendapatkan atau memikat hati perempuan. Kalau ada yang dah terlanjur mengamalkan ilmu hitam tu belom terlambat lagi untuk bertaubat. Kembalilah ke pangkal jalan sesungguhnya Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya yang telah sesat.

No comments:

Post a Comment