Tuesday, 26 April 2016


Cerita Hantu Di Kem PLKN (Kisah Benar)

Cerita hantu kali ni telah dikongsikan oleh salah seorang peserta kem PLKN.. Nama dan kem PLKN beliau terpaksa di rahsiakan diatas permintaan tuan punya cerita seram ini.. Untuk tidak memanjangkan cerita ni mari kita sama² baca kisah dan pengalam yang telah beliau lalui semasa menjalani latihan di kem PLKN tersebut :-
Dah namanya pun hantu.. Memang la hantu ni tergolong dari golongan jin dan syaitan, selagi dia tak dapat sesatkan orang, selagi tu lah dia akan cuba.. Benteng pertahanan diri? Dekatkan diri pada Allah, of course.. Hiasi dengan bacaan Al-Quran dan zikir, InsyaAllah, diri akan selamat dalam lindungan Allah S.W.T.
Kali ni, saya nak bercerita lagi kisah seram benariaitu kejadian yang saya alami sendiri semasa berada di kem PLKN.. Kem PLKN mana tak perlu la saya nyatakan di sini untuk menjaga nama baik kem PLKN tersebut.. Kali ni, cerita hantu main peek-a-boo pulak..hahaha.. Sounds so funny, but seriously, memang bukak kaki langkah seribu la masa tu..huhu..

Taklimat Daripada Jurulatih Kem Pasal Hantu

cerita hantu kem plknAlkisahnya, kat tempat saya menjalani latihan PLKN ni, ada satu bilik air ni kat area blok perempuan yang orang cakap sedikit keras (bilik air ni bercampur antara tandas dan ruangan mandi dan jugak kolah).. Kiranya ada la dalam 5-10 pintu untuk bilik air dan setiap group or batalion ada tandas yg berbeza².. Kat tempat ni, latihan memang ketat.. Contohnya pukul 12 tengah malam, dah wajib tidur.. Lampu wajib tutup.. Dan kat tandas pun, lampu kena tutup kecuali tandas yang depa cakap ade hantu ni..
Jurulatih cakap, tandas ni keras ada penunggu.. Jadi, jangan tutup lampu.. Jurulatih cakap lagi, malam² biasanya akan ada orang yang mandi kat situ (bukan manusia, okhayyy…) guna tandas tu dan sebagainya.. Tu pasal la tandas tu tak perlu tutup lampu sedangkan tandas-tandas lain memang kena tutup lampu.. Dan jangan guna tandas tu waktu malam lebih dari kul 12 tengah malam.. Kalau nak guna tandas dah tak tahan juga, jurulatih suruh guna tandas lain.. Kalau dah jurulatih pun dah kata gitu memang tandas ni mempunyai cerita hantu nya yang tersendiri la..
Masa kat sini, kami akan bergilir2 untuk berjaga setiap malam.. Kira ada shif la, contohnya, dari pukul 12 hingga pukul 2 pagi, akan ada 3 orang pelatih perempuan dan 3 orang pelatih lelaki yang akan berjaga untuk setiap shif.. Next shif untuk berjaga, pukul 2 hingga pukul 4 pagi dan last skali pukul 4 hingga pukul 6 pagi.. Setiap jam, pelatih-pelatih yg berjaga / mengawal ni wajib membuat rondaan di semua blok yang ada.. Kiranya pelatih perempuan akan buat rondaan kat blok² perempuan dan pelatih lelaki akan buat rondaan kat blok² lelaki.. Lepas buat rondaan, kena berkumpul dekat bilik berkawal yang disediakan..
Antara waktu 12 – 4 pagi, sememangnya waktu kemuncak biasanya kami dikacau.. Macam dah jadi perkara normal la pulak walhal dalam hati, kecut jugak lah.. Biasanya masa kat bilik berkawal, kami akan berkumpul dan baca yassin ramai².. Sebab kadang² kat bilik berkawal tu pun kami pernah dikacau..huhu.. Contohnya orang lempar batu dekat tingkap atau pintu.. Bunyi yang macam² ada 'benda' yang terbang dari pokok ke pokok lain dan sebagainya..

Cerita Hantu Sebenar Bermula

Alkisahnya pasal tandas ni, masa tu saya dan 2 orang lagi kawan amik shif pukul 2 – 4 pagi.. Waktu kemuncak hantu kem PLKN ni biasanya mengacau.. Masa tu kami buat la rondaan kat blok² perempuan.. Semua orang tengah syok² tidur, kami lak kena berjaga.. Memang jeles betul la.. Berbekalkan hanya lampu suluh dan berpakaian lengkap beruniform dan berkasut boot, kami pun meronda.. Suluh sana, suluh sini, tetiba saya tersuluh satu bayang manusia yang mengadap ke arah kitorang tapi jauh la dari kitorang masa tu.. Masa tu hati da start dup dap dup dap.. Dah macam lagu dangdut da..
Saya pun berbisik la kat kawan², "eh..korang..baca ayat kursi tau.. Buat pendinding diri.. Rasa macam tak sedap hati je neh.." Kawan² da start hairan.. Diorang tanya la kenapa? Saya pun hala lampu sekali lagi nak tunjuk la ke arah bayang² tu, tapi memang da tak de da bayang² tu.. Maka saya pun anggap la mungkin mainan bayangan saya je kot.. Tak pun pelatih nak pergi tandas ke (walhal dalam hati menafikan bukan camtu..) Bila da tengok benda tu takde, saya cakap la dengan kawan², nanti bila kat bilik berkawal nanti saya ceritakan.. Kami pun amik keputusan untuk terus meronda lagi.. Suluh sana, suluh sini..
Masa nak balik ke bilik berkawal semula, kami pun melintas la kat depan bilik air yang mempunyai banyak cerita hantu seram tu.. Tetiba ada semerbak bau sabun.. Wangi sangat².. Padahal masa mula² masuk tadi takde pulak bau wangi² macam neh.. Entah macam mane, ada pulak kawan yang pergi tegur bau tu.. Kira terlepas cakap la.. Sedangkan jurulatih pernah pesan, kalau ada terbau pape yang wangi dari tandas ni malam², jangan sesekali tegur..
Kitorang terdiam.. Dalam hati da kecut da nih.. Tapi entah macam mane, rasa nak tau jugak bau sabun tu membuak².. Jadi, kitorang sepakat nak masuk tandas tu.. Masa sampai kat area tandas tu, bau wangi makin kuat dan siap bunyi orang mandi lagi.. Bunyi orang cedok air dalam kolah dan jirus untuk mandi.. Memang jelas sangat².. Lepas tu kami pun dengan langkah yang takut tapi buat² berani, nak jugak masuk dalam tandas tu..
Masa tu ada kawan saya ni (yang tegur bau wangi tadi tu) dia ni jenis berani la sikit berbanding kitorang.. Masa mula² dia jejak kaki kat pintu tandas, dia menjerit dalam tandas tu " Helllloooooooooooo…" Terus serta-merta, bunyi orang yang mandi tadi hilang.. Tapi bau wangi tu still lagi ada.. Kawan saya yang berani ni terus masuk, cek satu² dalam bilik air.. Saya dan sorang lagi kawan berkawal kat pintu tandas je, takut la kami nak masuk..
Lepas kawan masuk cek berpuas hati, dia keluar, cakap semua bilik air kosong takde orang.. Tapi ada kesan basah macam orang baru lepas mandi dan bau wangi pun memang semerbak.. Nak kata ada orang cilok kuar dari situ masa kami mula² nak masuk memang mustahil sangat² la sebab kami duduk kat pintu tandas.. Pintu tandas yang satu lagi pun takde kesan tapak selipar yang basah.. Jadi agak mustahil la orang tersebut keluar..
Masa tu hati dah tak payah cakap la.. Memang jantung berdegup giler².. Last², kitorang pun nak blah.. Tapi kawan saya yang berani ni pergi tutup suis lampu tandas tu la pulak sebelum kitorang keluar.. Tak sampai 10 langkah kitorang keluar, tiba²…
"Tiiiikkkk…."
Lampu tandas terbuka semula.. Masa tu kami da pandang sesama sendiri.. Sape yang buka pulak ni??
Kawan saya yang berani ni tak puas hati.. Jadi dia pergi semula kat tandas tu.. Dia tutup balik suis lampu tu.. Pastu dia datang balik kat tempat saya dan kawan yang sorang lagi tunggu.. Baru je dia nak sampai kat tempat kitorang, "tikkk…" Lampu tandas tu menyala kembali.. Kali ni, kami andaikan suis lampu ni yang problem kot.. Masa ni, memang dah start takut dah ni.. Masa tu kami pun dah cakap kat diorang, dah² la tutup suis lampu tu.. Jurulatih kan tak bagi kita tutup.. Tapi dia tak mau dengar apa yang kitorang bagitau tu..
Walaupun dah 2 kali suis terpasang sendiri macam tu, kawan saya yang berani ni still tak puas hati.. Untuk kali ke-3, dia pergi lagi kat tandas yang banyak cerita hantu tu untuk tutup semula lampu tu.. Lampu suluh kami halakan pada dia la sebab dia nak masuk dalam tandas kan.. Lepas tu, dia tutup balik lampu tu dan dia berdiri dekat pintu tandas tu dalam 10-15 saat jugak la.. Pelik, suis tu tak pulak terbuka dengan sendiri masa dia ada kat situ.. Lepas tu, bila dia nak datang je ke arah kami, "tiiiikkkkkkkk…" suis lampu tu terbuka kembali.. (scaryyyy woooo)
Kali ni.. Tanpa berlengah² ape lagi… Kami terus angkat kaki langkah seribu la.. Tak tahan wooo kena kacau macam tu.. Kami lari cepat² balik ke bilik berkawal.. Lepas tu, kami cerita la kejadian yang baru kami alami ni kat pelatih lelaki..
Malam tu, ingatkan kami je yang terkena.. Rupa²nya pelatih lelaki yang berkawal masa shif saya tu jugak kena kacau.. Saya dah tak ingat dah cerita hantu diorang kena kacau macam mane.. Tapi yang pastinya diorang pun kena kacau dengan hantu dalam tandas jugak.. Cuma hantu tu bukan main dengan suis lampu la tapi main dengan benda lain..huhu..
Sejak hari tu, saya da tak nak dah berkawal antara shif 12 hingga 2 pagi dan 2 hingga 4 pagi.. Saya biasanya amik shif jam 4 – 6 pagi je, sebabnya pukul 5 pagi kebanyakan pelatih dah bangun untuk mandi dan bersiap² untuk solat subuh.. Jadi waktu untuk saya dan 2 pelatih berkawal yang lain kiranya tak sunyi sangat la sebab pelatih lain da bangun da kan.. hehe..
Adeh… Meremang sekejap bulu² roma bila teringat balik kat cerita hantu kem PLKN ni.. Tu la antara pengalaman yang saya alami sendiri.. Untuk next part, saya akan kongsikan lagi pengalaman saya sendiri yang nampak bayang² kat tingkap tapi takde orang pun dan kawan saya sendiri pun nampak banyang² ni.. Selepas tengok bayang² tu, kami kena tindih..
Banyakkan la beramal dan ingat pada Allah.. Yakinlah hanya Allah sahaja yang paling berkuasa di dalam dunia ni.. Jin, Iblis dan Syaitan ini juga makhluk ciptaan Allah yang cuba menyesatkan manusia dengan menakutkan kita supaya kita lebih takutkan mereka daripada Allah.. Semoga kita semua berada dalam lindungan Ilahi sentiasa dari gangguan jin, iblis dan syaitan ni.. Amiiinn..

No comments:

Post a Comment