Monday, 18 April 2016

"Dia datang apabila saya berseorangan di madrasah itu. Dia beritahu, dia pun belajar di madrasah itu juga. Mulanya, saya hairan sebab tak pernah nampak dia pun. Tapi, akhirnya baru saya faham dia dari alam lain," kata Mahadhir.

Malah, penghulu yang bernama  'Kamis' itu juga pernah membawanya 'melawat' perkampungannya. Jelas Mahadhir, dia tidak menghairankan kerana kawasan di situ memang dikenali banyak perkampungan  bunian.     
   
"Kampung mereka macam kita manusia juga. Cuma seni bina rumah mereka seperti rumah zaman dulu. Surau mereka tinggi-tinggi. Masyarakatnya juga sangat warak. ' Para wanitanya bertelekung. Yang berbeza hanyalah usia mereka yang lebih panjang daripada manusia. Seperti penghulu itu, usianya sudah lebih 300 tahun. Tapi kalau lihat wajahnya hanya seperti lelaki yang berusia 40-an," ceritanya lagi.

Okey. Habis sebentar kisah penghulu bunian itu.  
            
Berbalik kisah barangan antik tadi, Mahadhir mendirikan sebuah bilik kecil di belakang rumah sebagai tempat penyimpanan koleksi barangan antiknya pada tahun 2007.

Malah, di ruangan itu juga Mahadhir mengajar kanak-kanak mengaji pada sebelah petang manakala sebelah malam, beliau mengajar kitab-kitab lama (kitab kuning) kepada golongan dewasa.

"Sejak saya mula mengajar di ruangan ini, selalu ada bunyi seperti kehadiran sesuatu di atas bumbung. Malah, ada pak cik-pak cik yang belajar di sini berkata, mereka rasa lain macam. Kadangkala mereka  perasan ada bunyi seperti orang masuk ke dalam.

"Di waktu lain sewaktu solat, terasa seakan ada orang lain yang menyusup di saf mereka. Tapi tidak nampak kelibat sesiapa. Ada juga yang berasa bagai ada orang duduk di samping mereka tatkala mendengar pembelajaran.

"Saya sebenarnya tahu ada 'benda' yang turut sama dalam kelas saya. Tapi, saya tidak tahu siapa kerana ia tak pernah memperkenalkan diri. Setahun perkara itu berlalu hinggalah suatu hari, penghulu bunian yang pernah saya temui dulu datang berjumpa saya semula. Dia beritahu dia mahu dua anak lelakinya turut belajar dengan saya," cerita Mahadhir panjang lebar.

Dengan dahi berkerut, gadis itu bertanya lagi. Mengapa golongan ghaib itu mahu belajar daripada manusia?

Jawab Mahadhir, kerana dia satu-satunya orang yang mampu mengajarkan ilmu kitab-kitab lama di kawasan itu. Atas dasar itulah penghulu bunian itu menghantar anaknya untuk turut sama belajar sekali.

Hanya dia yang tahu kehadiran anak-anak penghulu itu setiap kali dia mengajar walaupun pada pandangan mata kasar manusia, ia tidak kelihatan. Dan katil di belakang ruangan itulah menjadi tempat anak-anak penghulu itu duduk atau berbaring.

Macam mana boleh tahu? Mahadhir tertawa.

"Kadangkala tilam katil itu mendap seperti ada orang sedang duduk di atasnya. Pemah juga orang yang tangkap gambar katil itu tanpa sengaja merakamkan bayangan dua orang kanak-kanak di situ."

Si gadis yang sedang asyik mengarahkan kamera pada katil itu segera berhenti. Gulpp! Berdiri pula bulu roma jadinya.

Gadis itu bertanya lagi, berapa usia anak penghulu bunian itu?

"Lebih kurang 80 tahun, tapi seperti kanak-kanak usia lapan ta­hun. Dah lima tahun saya mengajar mereka. Nama mereka Kuhais dan Khaisyah," tenang Mahadhir memberitahu.

Oh! Ya, kata Mahadhir lagi, peng­hulu bunian itulah yang berinteraksi dengan lembaga pendamping katil itu agar pergi dan tidak membuat onar.

"Tak tahulah apa perjanjiannya. Lembaga itu tak pernah muncul lagi selepas buat 'deal' dengan penghulu bunian itu," terangnya.

Okey. Habis kisah-kisah mistik.  Akhir sekali, gadis itu bertanya antara ribuan koleksinya ini, yang mana paling disayanginya? Koleksi pinggan porselin! Itu jawab Mahadhir. Walaupun dia lelaki, set porselin itu benar-benar disayanginya. Apatahlah dia punyai set lengkap porselin bunga kangkung yang dihasilkan pada tahun 60-an dan sukar ditemui sekarang.

"Lihat teko bunga kangkung ini. Satu teko ini kini boleh mencecah RM600. Manakala teko British ini pula mencecah RM1,000. Pernah ada pihak tawarkan RM250 ribu untuk membeli koleksi milik saya tapi saya tolak," katanya lagi. Lantas si gadis terus mengusik, patutlah ustaz masih bujang. Melainkan jika ada gadis punya minat yang sama. Menghabiskan banyak waktu di mini muzium ini. Untung sabut timbul, boleh 'bertemu' Kuhais dan Khaisyah. 


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX 

CERITA KEDUA: 
(DIBERI TAJUK OLEH PENGARANGNYA "JIN TAAT KERANA SEMANGKUK DARAH") 

Ketika sampai di rumah mereka, saya sudah nampak hampir 20 ekor jin sedang menunggu di hadapan rumah. Mereka mundar-mandir sekitar rumah seolah-olah sedang marah sebab saya nak ubatkan keluarga tersebut.

No comments:

Post a Comment