Sekadar Panduan Hidup Sebenar
Home » Koleksi Cerita Seram » Koleksi Cerita Seram : Hantu Bertenggek Atas Nenek
Koleksi Cerita Seram : Hantu Bertenggek Atas Nenek
Cerita seram ini merupakan kisah seram sebenaryang dialami oelh seorang nenek tua berbangsa Cina. Cerita seram ini telah diceritakan semula oleh seorang yang tidak mahu namanya di sebutkan di sini. Nenek Cina ini tinggal di hospital kerana sakit tua dan telah diganggu oleh seekor hantu. Jom baca cerita seram ini selanjutnya.
Koleksi Cerita Seram Hantu Bertenggek Atas Nenek
Cerita seram dia bermula macam ni.. Suatu hari tu kawan saya punya nenek (Cina) kena tahan wad.. Biasa la sakit tua.. Bila dah tua ni dia cakap dia boleh la nampak benda-benda halus ni.. (tak tahu la sama ada nak tarik perhatian anak-anak dia ke atau memang dia boleh nampak betul-betul!!!)
Suatu malam tu kebetulan cuma tinggal dia sorang je dalam bilik tu tak ada pesakit lain dah.. Dia suruh la anak dia temankan dia.. Tapi anak dia ni tak nak.. Macam-macam alasan dia bagi.. Esok nak keja la tak boleh tinggal anak la..
Macam-macam la.. Dia cuma cakap jangan risau esok dia akan datang balik lepas tu terus dia balik.. Tapi saya rasa dia takut tahu jela Cina kan banyak pantang.. Diorang slalu cakap yang hospital itu tempat tak elok.
Nenek ini pun tidur la lepas anak dia pergi tu.. Tak lama lepas tu dia rasa macam ada benda kat muka dia.. Awal tu dia cuma sapu-sapu muka dia la.. Kot-kot la serangga ke apa kan.. Tapi benda tu tak hilang-hilang juga.. Dia pun buka la mata… Nak tahu apa dia nampak.. (bayangkan korang tengah baring and bila korang buka mata je nampak hantu tu tengah tengok korang juga) kat atas kepala dia tu hah rambut panjang baju putih tersengih kat nenek cina tu.. Nasib tak mengilai je..
Dia pun apa lagi baca la dia punya Omitofa tu berkali-kali.. Korang tahu hantu tu buat apa… Hantu tu pun ikut sekali nenek tu baca dengan gerak mulut dia lagi tersenyum tu Omitofa Omitofa (saya rasa cik pon ataupun cik lang) kesian nenek tu kena usik sampai pengsan…
Esoknya bila dia dah tersedar dia terus cakap kat anak dia yang dia nak keluar hospital.. Kalo mati sekali pun dia nak mati kat rumah dia… Meremang juga la bila kawan saya cerita kat saya, tapi yang paling penting saya bersyukur sangat dilahirkan sebagai seorang Islam.. Kurang² kita ada ayat suci Al-Quran sebagai pendinding. Sekian terima kasih..
Koleksi Cerita Seram Hantu Bertenggek Atas Nenek
Macam mana koleksi cerita seram malam ni?? Jangan ingat kita orang Islam je yang selalu kena kacau.. Orang beragama lain pun tetap percaya pada makhluk halus, jin dan syaitan ni dan mereka juga sering di ganggu. Cuma sebagai umat Islam kita telah diajar dengan ilmu² agama untuk mengusir gangguan² seperti ini. Ada banyak lagi koleksi cerita seram dalam draft aku tu. Akan aku kongsikan setiap malam satu cerita seram. Sekian, terima kasih.
Related
About Sharafie
Telah mula menulis blog sejak 2009. Merupakan seorang penulis blog untuk mengisi masa lapangnya. Segala perkongsian beliau di dalam blog ini merupakan hasil kerja kreativiti beliau di samping berkongsi cerita menarik dan fakta yang boleh menjadi panduan hidup bersama.
Comments
Leave a Reply
DUNIA SEMASA
Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi – MOJO
Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi – MOJO Kini kau tiada Senafas pun ku perlu mencuba Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga Bersendiri hidup umpama hilang erti Bagaimanakah meneruskan hayat ini Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti Tunjukkan di mana Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni? Apabila tiba waktu bersemuka Ku […]
TUTORIAL
Cara Nak Convert Video Youtube to MP3
Dalam entri ni aku akan kongsikan dengan korang cara nak convert video youtube to mp3 secara percuma tanpa memerlukan kepakaran dalam HTML code ataupun perlu install software. Korang jangan risau akan terangkan secara detail macam mana nak convert video youtube menjadi mp3. Di akhir entri ni aku percaya korang tidak akan ada masalah untuk convert video […]
DUNIA GADJET
Pakej Maxis Wifi Broadband Harga Quota
Sekali lagi aku menulis tentang Maxis Wifi Broadband. Kali ini aku bukan nak complain tentang perkhidmatan Maxis kerana aku telah menulis entri tentang Gangguan Maxis Wifi Broadband dahulu. Aku ingat kali ni nak puji sikit la tentang Maxis. Aku juga akan complain lagi sekali tentang pakej perkhidmatan Maxis wifi broadband yang aku rasa agak mengecewakan. […]
terus komen je ni huhuhuh
aku penakut