Tuesday 1 March 2016

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu anggota bukan Islamnya bahawa parti Islam itu tidak mempunyai niat untuk bekerjasama dengan Umno. Perkara itu dimaklumkan oleh kedua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam dalam sidang media di ibu negara hari ni. “Saya telah sahkan dengan presiden (tiada kerjasama politik),” katanya. Mengulas tawaran silaturahim Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, Balasubramaniam juga berkata tiada pertemuan politik antara kedua-dua pemimpin Melayu itu. Balasubramaniam bagaimanapun berkata Hadi dan Najib akan hadir sebuah program anjuran alumni Universiti al-Azhar di Malaysia pada 17 Disember di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Najib akan merasmikan acara penutup manakala Hadi akan menyampaikan ucap utama. Balasubramaniam bagaimanapun menegaskan bahawa acara itu bercorak keagamaan dan semata-mata atas dasar peribadi dan agama. 610 Other stories you may be interested in Here’s Why Larger Lovers Can’t Get Enough Of This Thai Beverage Chang

No comments:

Post a Comment