Wednesday, 2 March 2016
Malaysiakini
Politik
Sukan
Seni & Hiburan
Kembara
Kolum
Surat
TV
15
'Mahathir keluar Umno tak beri kesan besar pada parti'
Zulaikha Zulkifli
2 Mac 2016, pagi 10:00
Dikemaskini 2 Mac 2016, tengahari 12:22
Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada Umno buat kali kedua, persoalan yang timbul kini ialah sama ada tindakan yang dibuat bekas perdana menteri tersebut memberi impak kepada parti Melayu terbesar itu ataupun tidak.
Ada pihak yang menganggap pendirian yang dibuat bekas perdana menteri itu memberi kesan kepada Umno dan ada juga yang merasakan tindakan Mahathir itu umpama memberi 'harapan' kepada pembangkang.
Berikut adalah pandangan penganalisis politik Prof Ahmad Atory Hussain, Prof Madya Dr Jeniri Amir serta Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub ketika dihubungi Malaysiakini.
Ahmad Atory: Tak goyah mana pun. Umno akan terus relevan dan kesan Tun Mahathir keluar (parti) tak banyak sebab Tun hanya merajuk dengan Najib tetapi dia tak kecewa dengan Umno.
Saya yakin apabila Umno dapat selesaikan konflik kepimpinan mereka, saya rasa dia (Mahathir) akan balik (kepada Umno).
Jeniri: Saya berpendapat tak ada kesan dia (Mahathir) keluar. Cuma bila dia keluar, masuk, kredibiliti dia terhakis. Kalau pertama kali orang akan nampak hebat tetapi bila kali kedua orang dah tak teruja dah dan tak heran berbanding dulu. Dan sebab Mahathir (keluar) pun agak peribadi.
Kesan besar atau tidak terhadap Umno tidak banyak dan ia bergantung kepada strategi dan pendekatan Mahathir untuk menghadapi bulan yang akan datang. Tetapi saya pasti beliau akan lancarkan serangannya sehingga pilihan raya akan datang.
Mustapha: Memang ada (kesan pada Umno). Sedikit sebanyak mesti ada. Sebab Tun seorang bekas presiden Umno, perdana menteri yang paling lama dan dia ada penyokong dia. Jadi mereka yang tak puas hati kepada pucuk pimpinan sekarang mungkin akan ikut dia keluar Umno ataupun mereka tidak akan keluar tetapi membuat protes senyap dalam Umno.
Nak kata tak ada langsung (kesan kepada Umno selepas Mahathir keluar) bohong. Mesti ada kesan tapi tak seberapa.
Tindakan Mahathir keluar Umno dilihat sebagai merajuk atau ingin menggertak parti?
Ahmad Atory: Saya setuju ia ada unsur ugutan tetapi lebih kepada memujuk ahli Umno. Dan juga ada unsur merajuk, biasalah sebagai orang tua. Macam orang-orang tua merajuk. Dia cuba nak mempengaruhi ahli Umno supaya ikut langkah beliau. Tetapi ternyata tidak memberi kesan buat sehari dua ini.
Jeniri: Selepas dia keluar, Mahathir mempunyai legitimasi untuk menyerang tetapi sama ada berupaya mengembleng kekuatan daripada pembangkang, NGO dan mereka sealiran perjuangan dengan beliau, itu bergantung pada strategi dan pendekatan serta serangannya.
Tetapi saya fikir Mahathir tidak akan menyerah kalah di tengah jalan sebab agenda dia ialah untuk memastikan orang sasarannya jatuh dan dengan itu sahaja dia akan puas. Sebagai pemimpin yang menganggap dirinya negarawan dan berkredibiliti, Mahathir rasa dia berhak dan selagi matlamat tak tercapai, selagi itu dia tidak akan berhenti.
Mustapha: Saya tak fikir dia gertak tetapi nak kata dia merajuk - mungkin setelah segala usaha dia buat terhadap (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) gagal dan terbukti bila dia kata Umno bukan Umno yang dulu tetapi Umno Najib. Dia sebenarnya cukup marah terhadap Najib. Kalau nak kata ugut tu tak betul tapi dia merajuk sebab tak puas hati dengan cara Umno yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menumbangkan Najib.
Adakah tindakan Mahathir ini menjadikan pembangkang semakin kuat?
Ahmad Atory: Saya tak yakin pembangkang kuat sebab pembangkang pun berpecah. Jadi saya tak yakin. PAS pun sekarang dah sokong Umno, Mat Sabu (Mohamad Sabu) pula buat AMANAH dan macam-macam. Pemimpin mereka nak ke Sarawak pun tak dapat. Macam mana nak kata mereka semakin kuat. Kalau kuat, cuba tunjukkan.
Jeniri: Nak kata pembangkang kuat saya tak fikir demikian kerana kekuatan pembangkang sebenarnya banyak bergantung sama ada mereka bersatu atau tidak, sebab pembangkang sekarang pun bercakaran.
Pakatan Harapan itu hanya nama sahaja dan saya tak pasti dia punya 'harapan' dapat direalisasikan atau tidak. Ujian pertama mereka yang perlu dipastikan ialah keutuhan dan kemantapan perjuangan mereka. Selagi bercakaran, selagi itu perjuangan mereka akan jadi impian sahaja.
Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sertai Mahathir keluar Umno?
Ahmad Atory: Saya berpendapat, saya tak fikir dia (Muhyiddin) akan ikut jejak langkah Mahathir sebab dia masih ahli dan pemimpin Umno, ahli Parlimen dan ketua bahagian. Dia ada jawatan dalam Umno cuma tak pegang jawatan timbalan presiden. Tapi masih ada banyak jawatan dan kepentingan yang dia pegang. Tak mudah untuk dia keluar begitu sahaja dari Umno.
Sebab ahli masih mengharap kepimpinan dan pengaruh dia dan di bahagian masih kuat yang sokong dia. Kalau dia keluar, bahagian akan berterabur. Kalau saya jadi dia, saya tak ikut langkah Tun sebab Tun orang yang bebas, dia seorang negarawann dan tak makan saman. Tak perlu ikut dia, dia tak ada kepentingan. Lagipun Mahathir negarawan, satu dunia kenal dia.
Muhyiddin tak perlu keluar cuma perlu tunggu pemilihan Umno akan datang. Kalau dia keluar, dia nak buat apa? Tubuh parti baru?
Jeniri: Kalau itu jalan terbaik (keluar dari Umno) dan sedar risikonya keluarlah. Tetapi risikonya pasti ada.
Mustapha: Saya tak fikir Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan ambil keputusan seperti itu. Walaupun dalam keadaan sekarang Muhyiddin dan Shafie tak sebulu dengan pimpinan tetapi saya kenal mereka sebagai orang yang mempunyai fikiran jauh dan mempunyai wawasan dan ada satu keyakinan dalam diri mereka berdua bahawa tak ada parti yang boleh selamatkan Melayu selain Umno.
Kalau tak setuju dengan Najib saya rasa mereka kena tunggu dalam pemilihan Umno akan datang.
4
Other stories you may be interested in
10 Haute Couture Spring 2016 looks we love
Buro 24/7
Rush Out the Door, but Don’t Forget This
McDonald's MY
Brunello Cucinelli, king of cashmere
Robb Report Malaysia
I'm
No comments:
Post a Comment