Wednesday, 2 March 2016

119 Dr M kata beliau tidak lagi rasa bangga dengan M'sia 2 Mac 2016, pagi 9:44 Dikemaskini 2 Mac 2016, pagi 9:52 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak lagi merasa bangga dengan Malaysia selepas negara itu dilanda beberapa siri skandal kewangan yang melibatkan penggantinya, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Katanya, sebelum ini apabila beliau pergi ke luar negara, orang bercakap memuji Malaysia. "Hari ini, jika kita pergi ke luar negara, kita berjumpa dengan orang, apa yang mereka kata ialah 'hey, apa yang berlaku kepada negara anda? "Dan saya tak rasa bangga kerana saya tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku di negara ini," katanya dalam temu bual dengan Bloomberg di Kuala Lumpur pada 25 Februari Dr Mahathir telah lmenjadi pengkritik lantang Najib, pentadbirannya dan firma dana pelaburan 1MDB yang diilhamkan oleh perdana menteri. Pada hari Isnin, bekas perdana menteri itu mengumumkan keluar daripada Umno sebagai protes terhadap kepimpinan Najib. [Baca berita penuh] 45815 Other stories you may be interested in How to deal with lost luggage: 10 tips Skyscanner Elizabeth Tan HungryGoWhere M'sia

No comments:

Post a Comment