Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau akan cuba menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar memberi sokongan dalam kempen untuk bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Secara berseloroh, beliau berkata, perkara itu akan dilakukan memandangkan beliau bersama bekas perdana menteri itu mempunyai hubungan yang baik.
“Saya baik dengan Tun… Tun bagus, lawan Najib, bagus. Dan kita doakan agar dia sokong Anwar keluar dari penjara.
“Nanti saya pergi nasihat dia,” katanya sambil tersenyum semasa berucap dalam majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.