KUIH BATANG HULU BENTUK ZAKAR DIJUAL DI LANGKAWI
GAMBAR seorang gadis mempromosikan kuih berbentuk kemaluan lelaki tersebar luas menerusi media sosial hari ini mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen sendiri.
Menerusi gambar yang dikongsikan di laman Facebook Friends of PDRM, gambar wanita berhijab yang dilihat memegang kuih bahulu berbentuk kemaluan itu dipercayai dijual di sebuah premis di Langkawi, Kedah.
Kuih unik ala bahulu tetapi berbentuk batang zakar lelaki dewasa itu dijual pada harga RM4 sebatang dengan percuma sebatang jika beli empat batang; dan ia dikatakan turut dipasarkan secara online.
Rata-rata netizen memberikan kritikan hebat kerana tidak menyangka di Malaysia yang terkenal dengan budaya ketimuran dan sopan santun pun boleh wujud makanan berbantuk kemaluan.