Wednesday 24 February 2016
Nuffnang Ads
PRIVACY POLICY
TENTANG DIRI
CONTACT
SITEMAP
TUTORIAL
TIPS KESIHATAN
UCAPAN
Sharafie.Net
Sekadar Panduan Hidup Sebenar
KISAH AKU
KOLEKSI CERITA SERAM
PRIHATIN
TEKNOLOGI
TIPS BAKAL PENGANTIN
TIPS HIDUP BAHAGIA
Home » Koleksi Cerita Seram » Cerita Hantu Di LPT2 Dan RNR Ajil
Cerita Hantu Di LPT2 Dan RNR Ajil
November 3, 2015 By Sharafie 6 Comments
Sejak lebuh raya LPT2 di buka kepada orang ramai, sudah banyak kita dengar mengenai kes kemalangan maut yang berlaku. Setiap kemalangan pasti meragut nyawa itu yang menjadikan kisah di LPT2 ni menyedihkan. Tapi adakah kita ketahui apa yang sebenarnya berlaku di LPT2? Siapa yang tahu kisah sebenarnya di lebuh raya ini? Aku dengar² ada cerita hantu di LPT2 dan RNR Ajil ni. Betul ke?
Di sini aku ingin kongsikan sedikit info kisah seram kisah mistik yang berlaku di LPT2. Seorang pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan hantu ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya.
Kawannya juga berkongsikan cerita hantu di LPT2 ni dan insiden seram itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Ajil di awal lebuh raya LPT2 berkenaan dibuka kepada orang ramai.
cerita hantu di lpt2"Pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan yang membuatkan seluruh bulu roma badan saya menegak."
"Kejadian menakutkan ini berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan di tempat duduk belakang membuatkan saya seriau," katanya.
Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi siulan hantu itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hatinya. Apabila tiba di kawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa di bahagian belakang tetapi tiada apa-apa. Ini menguatkan lagi teori beliau yang memang adanya unsur² gangguan hantu di sekitar kawasan LPT2 dan RNR Ajil.
Ahmad Aziz turut membuka satu lagi cerita hantu di LPT2 iaitu ketika dia bersama rakannya berhenti di RNR Ajil. Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian.
"Ketika di RNR Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ke tandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak ke rumah masing-masing."
"Apabila rakannya tiba di rumah di Jerangau Barat, beliau keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya. Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan beliau si isteri sebenarnya masih berada di RNR Ajil."
"Apabila dilihat di dalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri kawannya itu sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada di sebelahnya itu bukanlah isterinya," katanya.
No comments:
Post a Comment