Wednesday, 24 February 2016

Apakah petanda sekiranya anda kebas kaki dan tangan, sakit di bahagian tertentu? Menerusi Facebook, Hani Sofia kongsikan petanda-petanda penyakit yang mungkin anda hidapi tanpa anda sedari. 1. Sakit di bahagian bahu. -Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. 2. Kebas tangan : -Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. 3. Kebas tangan kiri dan lengan : -Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 4. Kebas kaki : -Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. 5. Sakit tapak kaki : -Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. 6. Sakit tumit kaki : -Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. 7. Rasa panas di tapak kaki : – Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. 8. Gatal di celah-celah jari kaki : – Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 1. Pening / sakit di bahagian depan kepala : -Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. 2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala -Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. -Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. 3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga : -Menandakan penyakit migrain. 4. Bisul terjadi di kepala: -Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. 5. Rasa pening yang memusing – Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. 6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah. -Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. 7. Muntah darah -Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan – Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

No comments:

Post a Comment