KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan wujud unsur rasuah yang dilakukan oleh pihak tertentu yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran bauksit yang tidak terkawal di Pahang.
Menurut SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini, ia "memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah serta salah guna kuasa tersebut di bawah Akta SPRM 2009."
Unsur rasuah dalam aktiviti pengeluaran bauksit di kesan berikutan aduan yang banyak diterima oleh suruhanjaya itu berkaitan isu pencemaran alam sekitar akibat aktiviti-aktiviti perlombongan yang tidak terkawal di negeri berkenaan, menurut kenyataan tersebut.
Perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Kuantan dilaporkan sejak tahun lepas dan didakwa telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk di kawasan terlibat.
Pada 29 Disember lepas, air Sungai Balok dan beberapa pantai dan air laut sekitar Kuantan, termasuk Pantai Batu Hitam, menjadi merah disyaki berpunca daripada kegiatan pembukaan dan pengambilan tanah yang kemudiannya dihanyutkan aliran air akibat hujan lebat beberapa hari sebelum itu.
Hari ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari ini ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang.

No comments:
Post a Comment